UtamaNASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Tekong darat pandu...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup - pakdin.my

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa padah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandunya ditahan polis pagi 12 Ogos 2022.

MPV yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan pada pukul 10 pagi berhampiran persimpangan lampu isyarat di bandar ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum kejadian itu, sepasukan anggota polis dari cawangan kereta peronda polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang membuat pemeriksaan snap check di Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, berhampiran Kampung Lepan Jaya, di sini pada pukul 9.30 pagi.

Katanya, semasa sedang bertugas, anggota polis melihat sebuah Perodua Alza membuat pusingan U dalam keadaan mencurigakan apabila pemandunya bertindak memecut laju MPV itu arah ke bandar Gua Musang.

“Anggota bertugas mengejar MPV itu yang memandu secara melulu dan berbahaya serta melanggar lampu isyarat jalan raya. Tidak cukup dengan itu, pemandu MPV turut bertindak melawan arus di hadapan IPD Gua Musang semasa dikejar anggota bertugas.

“Selepas 30 km mengejar, kereta yang dinaiki suspek bergesel dengan kenderaan polis sebelum berhenti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Choon Foo memberitahu, semasa proses tangkapan dijalankan berlaku pergelutan antara suspek dan anggota polis.

Katanya, suspek mengalami kecederaan luka kecil di bahagian bawah mata sebelah kanan, lebam di bahagian pipi kanan dan tapak tangan kiri manakala seorang anggota bertugas mengalami luka pada tapak tangan serta lutut.

“Enam PATI warga Myanmar berusia dalam lingkungan 17 tahun hingga 26 tahun termasuk dua wanita tidak mempunyai dokumen perjalanan sah yang menaiki kenderaan terbabit turut ditahan polis.

“Kita percaya suspek adalah seorang penyeludup PATI dan sebelum penahanan semalam, lelaki itu menjemput enam warga Myanmar berkenaan dari sempadan Rantau Panjang untuk dibawa ke Kuala Lumpur,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 26A Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...