UtamaNASIONALAM Penduduk teruja lihat...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta - pakdin.my

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit perhatian orang ramai terutama nelayan serta penduduk kampung yang terletak di pesisiran Sungai Perlis di Kuala Perlis.

Kapal layar atau ‘super yacht’ yang berharga sekitar USD45 juta (lebih RM200 juta) itu dipercayai tiba dari Langkawi dan disedari penduduk sekitar lembangan Sungai Perlis itu sekitar jam 12 tengah hari 13 Ogos 2022.

Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Perlis (PELARIS) Jasmi Hashim, berkata pihaknya ada diberitahu nelayan serta penduduk sekitar muara Sungai Perlis akan kehadiran dan pergerakan kapal layar mewah itu.

“Kita bagaimanapun tidak menerima sebarang aduan daripada nelayan mengenai gangguan dari segi lalu lintas bot nelayan di muara sungai itu.

“Malah, kita juga difahamkan kapal layar mewah itu sebenarnya bergerak menuju ke dok Perlis Marine Engineering (PME) Sdn Bhd yang terletak di Kampung Tengah Kuala Perlis bagi tujuan pembaikan kapal layar,” katanya.

Seorang nelayan, Mat Che Ya, 53 pula berkata, walaupun banyak kapal yang bersaiz sederhana melalui muara sungai itu, namun kapal layar mewah yang canggih itu jarang sekali dapat dilihat di kawasan itu.

“Banyak dah kapal lalu sini cuma saiz tidaklah besar tapi kapal layar yang semalam itu jarang lalu di sini.

“Jadi bila kapal layar itu lalu di sini nampak macam kapal angkasa atas air pula kerana tak nampak macam kapal atau bot yang kita biasa lihat,” katanya.

Tular di media sosial hari ini mengenai kehadiran kapal layar mewah berkenaan yang dilihat sedang berlabuh di tengah muara Sungai Perlis.

Tinjauan dari atas Jambatan Tuanku Syed Putra, Kuala Perlis hari ini bagaimanapun mendapati tiada sebarang kelibat kapal layar mewah itu berlabuh atau bergerak di sekitar muara Sungai Perlis berhampiran jambatan itu.

Malah, nelayan di kawasan itu juga tidak dapat memastikan sama ada kapal layar mewah itu masih berada di dok PME Engineering Sdn Bhd atau sudah pun belayar keluar dari muara Sungai Perlis menuju ke Langkawi.

Sementara itu, Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang kehadiran kapal layar mewah itu di muara Sungai Perlis.

“Kita tidak dimaklumkan mengenai kehadiran kapal layar mewah itu di kawasan ini.

“Namun, apa yang dimaklumkan oleh anggota kita yang melakukan rondaan di sekitar perairan Perlis adalah pihak kapal layar mewah itu sudah mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia menerusi Pejabat Laut Negeri Perlis untuk melalui muara sungai itu dan berlabuh di PME Engineering Sdn Bhd,” katanya.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...