[VIDEO] Najib sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru - pakdin.my

Datuk Seri Najib Razak malam ini melakukan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru di depan jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini.

Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Rayuan pada Selasa ini.

Turut hadir ialah Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib tiba bersama anak lelakinya Nor Ashman, pada jam 8.20 malam sebelum disertai Rosmah, 20 minit kemudian.

Antara pemimpin yang hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Sejurus solat Isyak, Najib dan jemaah melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu.

Ketika ucapan, Najib berkata beliau berharap mendapat keadilan dan kebenaran akan muncul.

“Semoga Allah SWT memudahkan dan mengampunkan segala dosa kita, saya berdiri di sini atas tujuan pertama sebagai hamba Allah saya ingin membersihkan nama saya dan memohon pertolongan pada Allah SWT,” katanya.

Najib mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah pada 28 Julai 2020.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan untuk ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.

UTAMANAJIB RAZAK Najib sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium