Saturday, September 14, 2024

Peristiwa memberi pengajaran

Keringnya Sungai Furat – Pengkaji barat meramalkan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 - pakdin.my

Setiap yang bermula pasti ada penamatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati serta setiap kehidupan itu pastinya akan menempuh pengakhiran dan itu adalah sunatullah yang sudah ditetapkan dan kita semua akan melaluinya.

Begitu juga dengan dunia ini, ia semakin hampir dengan pengakhirannya dan salah satu tanda dekatnya kiamat adalah keringnya Sungai Furat.  Berdasarkan kepada maklumat daripada Britannica menjelaskan bahawa Sungai Furat yang juga disebut sebagai Sungai Eufrat mempunyai kepanjangan 2,800 kilometer (km) dan ia adalah salah satu daripada dua bahagian sistem sungai Tigris-Eufrat.

Memperihalkan sungai itu dalam geografi, Sungai Furat ini menaik sehingga ke Turki dan mengalir ke tenggara merentasi Syria dan melalui Iraq.  Sungai itu terbentuk menerusi pertemuan Sungai Karasu dan Murat di Tanah Tinggi Armenia, Eufrat menuruni antara banjaran utama Pergunungan Taurus ke dataran tinggi Syria.

Ia kemudian mengalir melalui barat Iraq dan tengah untuk bersatu dengan Sungai Tigris. Lembahnya mempunyai pengairan yang banyak pada zaman dahulu dan banyak bandar besar, sebahagian daripada runtuhannya masih kekal, memenuhi tebingnya.

Dengan Tigris, ia mentakrifkan kawasan yang dikenali secara sejarah sebagai Mesopotamia.

Sungai ini banyak memberi gambaran tentang Hari Kiamat dan ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Tidak terjadi Hari Kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu.” (Hadis Riwayat Muslim, No 5152)

Hadis ini jelas memberi gambaran bahawa perebutan bukit emas itu akan berlaku dan pertumpahan darah yang dahsyat akan terjadi kerana mahu merebut kekayaan berkenaan.

Rasulullah SAW dalam hadis di atas menjelaskan bahawa daripada 100 orang yang bertempur, 99 orang akan mati dan hanya seorang saja yang hidup.

Begitulah dahsyatnya perebutan harta berkenaan dan sebagai umat Islam, Nabi SAW sudah mengingatkan kepada kita semua supaya tidak mengambil harta berkenaan walaupun sedikit.

Sungai Furat adalah sungai terpanjang di Asia Barat. Mengairi tiga buah negara iaitu Turki, Syria dan Iraq.

Ia berpunca dari hiliran timur Turki, kemudian merentasi Syria, memasuki Iraq dan bertemu ulu sungai Tigris sebelum berakhir di muara Shatt Arab, pesisir Teluk Parsi.

Sungai Furat bersama Sungai Tigris menjadi sumber air dan juga laluan penting. Sehingga hari ini Furat masih membekalkan air bersih kepada jutaan pengguna sekitar Asia Barat.

Bukti sains juga menunjukkan bahawa sungai itu semakin mengering hasil daripada imej cerapan satelit daripada tahun ke tahun dan ini membenarkan sabda Nabi SAW berhubung pengeringan sungai berkenaan dan akan muncullah bukit emas yang menjadi rebutan.

Laporan media juga banyak menunjukkan bahawa pada hari ini sungai berkenaan sudah mengering sedikit demi sedikit dan kini dikatakan sudah berada pada tahap kritikal.

Terdapat juga ramalan daripada pengkaji barat bahawa sungai berkenaan akan mengering sepenuhnya menjelang 2040 namun ia hanya sekadar ramalan tetapi apa yang perlu diinsafi adalah pengeringan sungai berkenaan adalah bukti hampirnya kita pada hari ini dengan pengakhiran yang sudah dikhabarkan oleh Baginda Nabi SAW sejak lebih 1,400 tahun yang lalu.

Dalam satu hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barang siapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu.” (Hadis Riwayat Bukhari, No 6586 /  Muslim, No 5153)

Melihat kepada semua bukti berkenaan, maka benarlah seperti peringatan serta panduan yang sudah diberikan oleh junjungan mulia Nabi Muhammad SAW berhubung insiden serta tragedi akhir zaman yang bakal berlaku.

Namun, satu persoalan besar yang perlu dijawab pada hari ini adalah apakah kita sudah bersedia untuk menghadapi zaman kekalutan dan penderitaan berkenaan.

Islam menganjurkan kepada kita supaya sentiasa bersedia dengan meningkatkan amal ibadah dan kembali kepada Islam sebenar berlandaskan kepada al-Quran, hadis dan ikutan ulama muktabar.

Sesungguhnya, pengakhiran untuk dunia ini pasti akan berlaku kerana perkara berkenaan sudah pun dinyatakan menerusi banyak firman Allah SWT yang mengingatkan tentang hari kiamat dan manusia akan diadili di padang mahsyar.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah akan datang kiamat sehingga matahari terbit dari tempat terbenamnya (dari barat). Apabila matahari terbit dari barat maka orang ramai melihatnya, lantas mereka beriman seluruhnya. Maka itulah saat ketika iman seseorang tidak lagi bermanfaat bagi dirinya yang belum beriman sebelum itu atau belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, No 4269)

Oleh itu, tanda-tanda kecil Hari Kiamat sudah terlalu banyak di hadapan kita dan segeralah kita bertaubat memohon keampunan atas dosa dan kesilapan yang dilakukan.

[VIDEO] Tawaf terbatal jika niat berubah kerana TikTok

Penggunaan media sosial yang semakin meluas terutama menerusi platform Tik Tok menjadi cabaran terutama dalam kalangan jemaah haji.

🎦 Jangan biar pinggan kotor dalam singki, elak sihir

Ia berkemungkinan mempunyai kaitan dengan kehilangan pakaian dalam anak-anak perempuan wanita tersebut yang hilang ketika dibiarkan di luar rumah pada waktu malam.

Hadith: Rasulullah SAW Contoh Akhlak Terbaik

“Baginda adalah orang yang paling baik akhlaknya, tidak pernah berbuat keji, tidak bercakap dengan kata-kata yang kotor, tidak berteriak-teriak di pasar, dan tidak pernah membalas dengan kejahatan yang sama (yang diperlakukan kepadanya), akan tetapi baginda seorang yang pemaaf dan pengampun.

[VIDEO] Badal atau bedal haji?

"Tawaran badal haji sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas itu terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800). BACA seterusnya di: https://pakdin.my/166221

[VIDEO] Haji: Cuaca panas boleh sebabkan strok haba

Dr Asraf berkata semua jemaah haji berisiko terkena strok haba, namun warga emas berusia lebih 60 tahun dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis dan buah pinggang, lebih berisiko. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165100

Sultan Perak perkenan belia baca khutbah Jumaat, esok

"Baginda telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri Perak pada 19 Mei (esok) bertemakan ‘Belia Pewaris Negara Bangsa’. “Baginda turut memperkenankan para pemimpin belia diberikan penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid di negeri Perak, pada 19 Mei (esok) BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164822

[VIDEO] Taufan Yagi mencetuskan banjir dibeberapa tempat utara Thailand

Pada 10 September, hujan lebat yang disebabkan oleh Taufan Tropika Yagi, ditambah pula dengan hujan berterusan sejak 8 September, menyebabkan banjir di Daerah Mae Sai, Wilayah Chiang Rai, utara Thailand.

[VIDEO] Tiga individu cedera akibat diserang memerang di Kota Kinabalu

Dua wanita masing-masing berusia 40 dan 54 tahun serta seorang lelaki berumur 56 tahun mengalami kecederaan selepas diserang sekumpulan memerang semasa melakukan aktiviti rekreasi di Tanjung Aru Perdana Park pada 11 September 2024..

[VIDEO] Raja Petra meninggal dunia pada usia 74 tahun

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia malam tadi di United Kingdom (UK) pada usia 74 tahun.

[VIDEO] Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan, terutama berkaitan keburukan pengambilan gula secara berlebihan.

[VIDEO] Jumlah kematian akibat Taufan Yagi di Vietnam meningkat kepada 24 orang

Taufan Yagi dan tanah runtuh serta banjir yang dicetuskannya telah membunuh sekurang-kurangnya 24 orang dan mencederakan 299 lagi di utara Vietnam pada hujung minggu 7 September 2024

Polis Buka Kertas Siasatan Terhadap Teresa Kok – Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, berhubung kenyataannya yang mendakwa pensijilan halal berpotensi menambah beban para peniaga dan memalukan negara.

[VIDEO] PRK Mahkota model kempen jentera Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota adalah penting kerana bakal menjadi model dan formula kepada kempen jentera Kerajaan Perpaduan dalam pilihan raya akan datang, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[VIDEO] Lemas jadi punca bayi lapan bulan maut – Polis

Polis hari ini mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam 7 September 2024, disebabkan lemas.

[VIDEO] RUU Keselamatan Dalam Talian menyeluruh termasuk lindungi hak kanak-kanak Datuk Seri Azalina Othman Said

Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang dijangka di bentang Oktober depan, bersifat menyeluruh dan mengambil kira jenayah siber yang mungkin berlaku termasuk melibatkan kanak-kanak.

[VIDEO] Raja perkenan kabinet baharu Paetongtarn Shinawatra

Raja Thailand telah memperkenankan kabinet 35 anggota yang dicadangkan oleh Perdana Menteri baharu Paetongtarn Shinawatra.

Popular →

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Belanjawan perlu menyokong pemulihan: BNM

Belanjawan 2021, yang akan dibentangkan pada 6 November ini,...

Eksport getah asli negara meningkat

Sarung tangan getah adalah item eksport utama dengan nilai eksport meningkat sebanyak 14.0 peratus daripada RM2.78 billion pada Jun 2020 kepada RM3.17 billion pada Julai 2020, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan, hari ini.

BELANJAWAN 2021: Elaun Sara Hidup Nelayan yg dipotong PH dikembalikan kepada RM300

Kerajaan mengumumkan elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan daripada...

Tiada pengarah, kakitangan Sapura Energy disiasat di Brazil

Sapura Energy Bhd menjelaskan tiada pengarah atau kakitangannya disiasat...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Selain membuktikan kadar pinjaman PH adalah jauh lagi tinggi, ini bermakna kerajaan PN masih ada ruang untuk meminjam bagi menambah bantuan Covid dan untuk merangsangkan ekonomi bila diperlukan.

Topik →

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Tindakan polis berdasarkan perundangan

Penolakan permohonan peguam untuk bertemu atau berkomunikasi dengan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin ketika direman diputuskan mengikut peruntukan undang-undang.

[VIDEO] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.

[VIDEO] Kes Zayn Rayyan: Peguam bantah tindakan polis cuba rekod pengakuan ibu di mahkamah

“Ibu Zayn Rayyan tidak buat sebarang pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, tetapi dia hanya merekodkan keterangan berhubung kejadian yang berlaku,” kata peguam, Mahmud Jumaat.

[VIDEO] Ibu Zayn Rayyan dibawa ke rumah, ‘lakon semula’ kejadian kehilangan anaknya

Ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, yang kini berada dalam tahanan reman polis bagi membantu siasatan pembunuhan anaknya, dibawa kembali ke kediaman mereka dekat Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini 10 jun 2024.

Polis akan mohon sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

Polis akan memohon sambungan reman ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, esok 7 Jun 2024.

[VIDEO] Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari berdasarkan perkembangan terbaharu siasatan

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.

Kes bunuh Zayn Rayyan: 2 kanak-kanak sempat lihat Zayn sebelum hilang

Polis berjaya mengesan dua kanak-kanak yang sempat melihat kelibat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Block R, Apartmen Idaman, Damansara Damai, di sini, petang 5 Disember lalu.

Zayn Rayyan: Polis temukan beberapa bahan bukti dalam pemeriksaan kali kedua

Memasuki hari ketujuh siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis menemukan beberapa lagi barang bukti hasil pemeriksaan kali kedua yang dilakukan dari rumah ke rumah, di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, malam tadi.

🎦 Unit Forensik PDRM buat lagi saringan DNA penduduk Apartment Idaman

Kira-kira empat kenderaan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat memasuki pekarangan blok perumahan sekitar Apartment Idaman, Damansara Damai di sini malam ini.

🎦 Anggota forensik periksa rumah Zayn Rayyan

Tiga anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir di Apartmen Idaman, Damansara Damai, buat kali kedua untuk mengumpul bukti berhubung kes pembunuhan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan.
Tolong lah subscribe: