[VIDEO] Baling banjir lagi - pakdin.my

Dua kawasan di Baling, Kedah dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berterusan sejak jam 5 petang pada 6 September 2022i.

Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kawasan terbabit adalah Taman Bayu Sejahtera dan kawasan jajaran Kampung Iboi sehingga ke Kampung Hangus.

“Air di kawasan Taman Bayu Sejahtera telah surut pada jam 8 malam, namun di kawasan Kampung Iboi dan sekitarnya sehingga 9 malam, air masih mengalir deras dan dikhuatiri akan melanda beberapa kawasan di pekan Kupang.

Tiada laporan diterima mengenai kehilangan ahli keluarga. Jambatan Bailey telah dinaiki air dan berlaku kerosakan struktur pada jambatan itu yang kini ditutup untuk semua kenderaan dan pejalan kaki,” katanya dalam satu kenyataan.

Setakat ini, 120 mangsa di Kampung Padang Empang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kampung Padang Empang.

https://youtu.be/4OSfDW1_pYI

 

UTAMABERITA Baling banjir lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium