PILIHAN RAYAZuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Zuraida dakwa 3 Ahli Parlimen, 2 ADUN mahu ‘lompat’ ke PBM

Zuraida Kamaruddin mendakwa tiga Ahli Parlimen dan dua ADUN akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden pengganti PBM itu bagaimanapun enggan mendedahkan identiti kelima-lima wakil rakyat terbabit.

“Ketika ini PBM ada empat Ahli Parlimen iaitu Ampang, Tebrau (Steven Choong Shiau Yoon), Julau (Larry Sng Wei Shien) dan Silam (Mohamaddin Ketapi). Ini bermakna ada tiga lagi (Ahli Parlimen) baharu akan sertai PBM.

“Begitu juga dengan ADUN, buat masa ini PBM ada lima ADUN, iaitu tiga di Perak dan dua di Selangor. Jadi, akan ada dua lagi ADUN bakal sertai PBM,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pejabat parti itu di Taman Daya, Johor Bahru, menurut Utusan Malaysia.

Zuraida yang juga menteri perusahaan, perladangan dan komoditi berkata, PBM mempunyai lebih 40,000 ahli daripada 177 bahagian yang sudah didaftarkan setakat ini.

“Sudah tiba masa rakyat Malaysia ini dikenali dengan identiti Bangsa Malaysia dan bukan lagi mengikut latar belakang kaum, dan ini adalah keunikan parti ini yang diterajui oleh masyarakat berbilang kaum.

“Malah, kita juga mempunyai kepimpinan daripada golongan berusia dan muda, menjadikan ini sebagai satu kekuatan buat PBM. Walaupun masih baharu, tetapi lebih kuat daripada beberapa parti politik lain sedia ada,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Kedudukan Strategik Ahmad Zahid: Mengapa BN Dijangka Kekal Menyokong Kerajaan Perpaduan Walaupun Menang di Peringkat Negeri

Analisis peluang UMNO di PRN Johor: Kelebihan vs cabaran

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami