Helikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan – Wee Ka Siong - pakdin.my

MENTERI Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengesahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan bagi mengesan sebuah helikopter jenis Eurocopter EC120B dengan nombor pendaftaran N409HH yang terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, Selangor pada tengah hari, Ahad

Beliau berkata demikian susulan pemakluman oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) yang menjelaskan helikopter berkenaan sepatutnya mendarat Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh Perak pada jam 12.37 tengah hari selepas berlepas pada jam 11.37 pagi.

Menurutnya, helikopter yang dimiliki oleh sebuah syarikat dikhuatiri hilang pada jam 12.16 tengah hari oleh Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur di sebuah lokasi berhampiran Bidor, Perak.

“Pihak CAAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut mengenai kejadian ini dan operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan di lokasi yang dikenal pasti.

“Kita lakukan usaha terbaik untuk melakukan kerja-kerja pencarian, yang penting kita dapat kerjasama daripada polis dan kerah agensi berkaitan membantu mencari helikopter tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Stesen KTM Ipoh, di sini pada Ahad.

UTAMABERITAHelikopter hilang: Operasi mencari, menyelamat dilaksanakan - Wee Ka Siong

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium