UtamaNASIONALJENAYAH / MAHKAMAH Zahid bebas: Sampul...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim - pakdin.my

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Yazid Mustafa membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Presiden UMNO berkenaan.

Pada 26 Jun 2019, Ahmad Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem VLN.

Bagaimanapun, pada 31 Julai 2019, mahkamah membenarkan permohonan Ahmad Zahid bagi memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk dibicarakan bersama-sama 33 lagi pertuduhan rasuah membabitkan VLN.

Kesemua kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk dibicarakan bersama.

 

Ahmad Zahid, 69, didakwa terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta daripada syarikat UKSB sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di negara China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu juga mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, sebagai Menteri Dalam Negeri, menerima suapan berjumlah SGD13.56 juta berhubung sistem VLN antara 2014 hingga 2017.

Bagi tujuh pertuduhan lagi, Ahmad Zahid turut didakwa sebagai Menteri Dalam Negeri memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3.125 juta; 15,000 Swiss Franc; dan AS$15,000 tanpa balasan daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid dituduh melakukan perbuatan itu di Country Heights, antara Jun 2015 dan Oktober 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diwakili Timbalan-timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Abdul Malik Ayob, Zander Lim Wai Keong dan B Thavani.

Ahmad Zahid diwakili peguam Hisyam Datuk Teh Poh Teik, Datuk Ahmad Zaidi Zainal dan Hamidi Mohd Noh.

———–

Hakim: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai

Ketiadaan bukti tidak langsung adalah antara sebab Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan hari ini daripada semua 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Asing (VLN).

Dalam penghakimannya, hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustafa berkata, dia tidak dapat membayangkan bagaimana jutaan wang dimasukkan ke dalam sampul surat dan dihantar kepada Zahid.

“Ketiga-tiga saksi utama memberi keterangan bahawa semua wang tunai dimasukkan ke dalam sampul coklat pada setiap kali penghantaran. Pada mulanya, amaun bulanan ialah SGD200,000 tetapi kemudiannya dinaikkan kepada SGD300,000 dan akhirnya SGD520,000. Bagi bulan yang tertinggal, jumlah itu kemudian akan digandakan pada bulan-bulan berikutnya.

“Sebagai contoh, jika mereka tidak membayar pada Januari, amaun itu akan dibayar bersekali pada Februari. Sekali lagi, ia semua dimasukkan ke dalam sampul surat,” katanya.

“Dalam kes Zahid, pihak pendakwaan tidak menunjukkan sebarang sampel sampul surat. Tiada bukti menunjukkan saiz sampul surat yang digunakan.

“Saya tidak boleh bayangkan saiz sampul apa yang boleh memuatkan wang tunai SGD600,000 yang bersamaan dengan sekitar RM1.6 juta pada masa itu,” kata Yazid.

“Tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikemukakan di mahkamah, pemandu tidak dipanggil, pengawal tidak dipanggil, anggota polis tidak dipanggil, slip transaksi Touch and Go tidak dikemukakan, log panggilan telefon dan mesej dengan Zahid juga tidak dikeluarkan,” katanya.

Hakim berkata Nicole, seorang warga China yang bekerja dengan subkontraktor di Hong Kong, memainkan peranan penting untuk menjelaskan peranannya dalam menyediakan sebahagian besar dana daripada RM238 juta seperti yang dinyatakan dalam lejar.

“Dalam kes Zahid, saksi yang terlibat atau mempunyai pengetahuan mengenai sumber dana iaitu Nicole Tan, dua pengurup wang telah disoal siasat dan keterangan mereka direkodkan tetapi tidak dipanggil sebagai saksi untuk menyokong kes pendakwaan.

“Selain Nicole, berdasarkan bahagian deposit dalam lejar, wang telah diterima daripada 15 pihak lain tetapi ia tidak pernah dijelaskan atau diterangkan oleh mana-mana saksi pendakwaan mengenai siapa 15 pihak ini dan bagaimana mereka terlibat dalam perkara itu,” katanya.

Hakim kemudian membuat kesimpulan bahawa tiga saksi utama itu tidak boleh dipercayai.

“Anehnya, bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), David Tan Siong Sun, yang merupakan pencipta lejar itu, mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa penyerahan kedua wang tunai RM3 juta melalui bagasi adalah satu perkara yang difikirkan semula (afterthought),” katanya.

“Pengakuan selepas memikirkan semula oleh saksi utama pendakwaan ini adalah lebih daripada mencukupi untuk saya mendapati bahawa dia tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.

Tan memberi keterangan bahawa dia menghantar wang kepada Zahid sebanyak dua kali manakala rakannya dan bekas pengarah Harry Lee membuat 40 kiriman, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Wan Quoris Shah membuat beberapa kiriman lain.

“Saksi ini di satu sisi memberi keterangan akan merekodkan pembayaran pada hari yang sama atau keesokan hari pembayaran, namun apa yang ditunjukkan kebanyakan ruangan ‘remark’ dalam lejar dibiarkan kosong,” tambah Yazid.

“Seorang lagi saksi, Lee juga bersetuju bahawa ruangan ‘remark’ kosong tidak menunjukkan wang telah dibayar kepada tertuduh.”

“Ruangan ‘remark’ yang kosong itu menimbulkan kemungkinan seperti kesimpulan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa wang itu mungkin diagihkan di kalangan tiga saksi utama kerana mereka mempamerkan gaya hidup mewah.”

“Setiap mereka mempunyai satu unit hartanah di Pavilion, Wan Quoris juga memiliki sebuah rumah banglo di Putrajaya dan sebuah rumah berkembar di Cyberjaya, dua Range Rover, motosikal mewah dan bayaran cukai berjuta-juta.”

“Tanpa sokongan bukti yang kukuh, saya tidak boleh secara sedar menyimpulkan bahawa wang itu sebenarnya diterima oleh Zahid seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan berdasarkan transaksi yang dicatatkan dalam buku lejar tanpa rekod bahawa wang itu benar-benar diterima oleh tertuduh dalam ruangan ‘remark’,” katanya.

“Saya dapati keterangan saksi utama pendakwaan – Tan, Lee dan Wan Quoris – tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti.

“Oleh itu, saya mendapati bahawa tiada penekanan perlu diberikan kepada lejar berkenaan,” kata Yazid.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...

[VIDEO] Gempa Taiwan: Kereta api tergelincir, kedai serbaneka runtuh

TAIPEI: Gempa bumi sekuat 6.8 skala Richter yang menggegarkan tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kereta api tergelincir dari landasan dan sebuah kedai serbaneka runtuh. Setakat...