[VIDEO] Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan berkurangan - pakdin.my

Lebih 250,000 isi rumah masih terjejas akibat banjir setakat Khamis 22 Disember 2022 meskipun hujan berkurangan di selatan Thailand.

Menurut kenyataan Jabatan Mitigasi dan Pencegahan Bencana (DDPM) terdapat tujuh kematian dilaporkan termasuk empat di Narathiwat.

“Setakat hari ini, sejumlah 250,175 isi rumah di 86 daerah di sembilan wilayah iaitu Surat Thai, Nakhon Si Thammarat, Trang, Phatthalung, Satun, Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat masih dilanda banjir,” memetik kenyataan itu.

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan berkurangan di selatan Thailand mulai hari ini.

“Monsun Timur Laut sederhana di Teluk Thailand menyebabkan hujan berkurangan di selatan negara ini mulai hari ini dan esok,” menurut jabatan itu.

Sementara itu, State Railway Thailand (SRT) mengumumkan bahawa 16 perkhidmatan kereta api dibatalkan mulai Rabu lalu hingga Sabtu susulan banjir yang melanda wilayah selatan itu.

Sebanyak 10 perkhidmatan kereta api di selatan Thailand mengalami perubahan termasuk perkhidmatan dari Bangkok ke Sungai Golok.

Berdasarkan kenyataan SRT di Facebook, paras air sudah surut namun kerja-kerja pembaikan landasan akan mengambil masa.

UTAMADUNIA Banjir di Selatan Thailand: Lebih 250,000 isu rumah terjejas walaupun hujan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium