[VIDEO] Dua maut dalam pertembungan dua pikap - pakdin.my

MIRI: Dua maut, manakala lima lagi cedera apabila dua pikap dipercayai bertembung di Jalan Pan Borneo Miri-Bintulu berhampiran Rumah Robert, Suai, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Ahmad Nizam Sapaiee berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan terbabit daripada Balai Polis Batu Niah kira-kira jam 12.49 tengah hari.

“Sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah diarahkan ke lokasi kejadian yang jaraknya lebih kurang 38 kilometer dari balai sejurus terima panggilan kecemasan tersebut.

“Setibanya di lokasi didapati berlaku kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda.

“Terdapat dua mangsa dalam satu kenderaan didapati meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Ahmad Nizam berkata setelah pemeriksaan dilakukan, komander operasi mengarahkan anggota bomba menggunakan alat penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

“Terdapat lima mangsa masing-masing empat mengalami kecederaan ringan dan seorang patah kaki kanan,” ujarnya.

Susulan kejadian itu, mayat dua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Manakala lima mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke fasiliti kesihatan terdekat bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi menyelamat mangsa kemalangan jalan raya itu ditamatkan kira-kira jam 3.10 petang.

UTAMABERITA Dua maut dalam pertembungan dua pikap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium