Kes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad - pakdin.my

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi menggesa pihak berkuasa menyiasat Tommy Thomas atas dakwaan melakukan pendakwaan politik, susulan keterangan saksi di mahkamah pada Jumaat membabitkan bekas peguam negara itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Thomas tetap mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad walaupun kertas siasatan terhadapnya tidak lengkap.

Pegawai Penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop dilaporkan berkata, beliau menerima kertas siasatan daripada pihak pendakwaan bahawa Thomas memberi izin untuk mendakwa Shahrir pada 15 Jan 2020.

Puad berkata, keterangan pegawai penyiasat SPRM itu adalah bukti Thomas melakukan pendakwaan politik.

Beliau turut mendakwa pemimpin Umno berdepan pendakwaan politik ketika Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri ketujuh.

“Asalkan didakwa sudah. Tujuannnya ‘pemimpin Umno ramai kluster mahkamah’. Naratif terancang.

……

Video Berkaitan:

Janngan lupa subscribe

“Masalahnya apa jadi dengan SPRM. Alat politik juga ke? Sebab itu mengarut jika tidak ada campur tangan politik ketika itu. Siasat segera Tommy Thomas,” kata Puad dalam catatan di Facebook.

“Kluster mahkamah” merujuk pemimpin Umno, seperti Najib Razak atau Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, sama ada sedang dibicarakan atau sudah disabitkan atas tuduhan seperti pecah amanah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang.

Pada 21 Jan 2020, Shahrir didakwa terlibat dalam pengubahan wang haram dengan tidak melaporkan pendapatan sebenar dalam borang cukai pendapatan, yang bertentangan Seksyen 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu tidak mengisytiharkan pendapatan diterima daripada Najib berjumlah RM1 juta melalui sekeping cek yang dimasukkan ke akaun banknya.

UTAMAPOLITIKKes Shahrir bukti Thomas lakukan pendakwaan politik, kata Puad

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium