[VIDEO] Bedah siasat pelayan maut akibat letupan dipercayai bom buatan sendiri dijalankan di hospital Ampang - pakdin.my

Bedah siasat membabitkan seorang pelayan yang maut akibat letupan sebuah bungkusan yang diletakkan atas keretanya dijalankan pada petang Jumaat 30 Disember 2022.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mayat lelaki berusia 28 tahun akan diuruskan pihak Hospital Ampang.

“Untuk makluman, bedah siasat terhadap mayat mangsa akan dijalankan pada hari ini jam 2.30 petang bertempat di Hospital Ampang,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Khamis Sinar Harian melaporkan, seorang pelayan maut selepas sebuah bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya di hadapan sebuah kedai makan meletup di Jalan Pandan Indah, di sini pada malam Khamis.

Letupan itu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dan disahkan meninggal dunia di Hospital Ampang sekitar jam 9.45 malam.

https://www.instagram.com/reel/CmzXs3DIIuj/

Bungkusan atas kereta meletup, pelayan restoran terbunuh

Seorang pelayan restoran terbunuh dalam kejadian letupan yang berlaku di Pandan Indah, Kuala Lumpur, malam tadi (29 Disember 2022).

Dalam kenyataan, Ketua Polis Ampang Jaya Farouk Eshak berkata, pihak berkuasa mendapat maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira 8.55 malam.

Mangsa, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun, dipercayai menjumpai bungkusan ditinggalkan di atas bonet keretanya yang diletakkan di hadapan restoran tempat dia bekerja.

“Apabila mangsa memegang bungkusan berkenaan, terus berlaku letupan dipercayai daripada bungkusan berkenaan,” kata Farouk.

Polis turut menjumpai serpihan bahan letupan di tempat kejadian, serta kesan kemik pada kereta mangsa.

Farouk berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah pada bahagian badan dan tangan dibawa oleh orang awam ke Hospital Ampang. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia pada kira-kira 9.45 malam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

UTAMABERITA Bedah siasat pelayan maut akibat letupan dipercayai bom buatan sendiri dijalankan...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium