[VIDEO] Dua rentung kereta terbakar selepas bertembung lori - pakdin.my

TEMERLOH – Dua maut dalam keadaan mengerikan apabila kereta dinaiki mereka terbakar selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Temerloh-Kuala Krau berhampiran Kampung Datuk Sharif Ahmad di sini hari.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu menyaksikan kedua-dua mangsa rentung selepas tersepit di dalam kereta.

Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa masih belum dikenalpasti setakat ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Pahang), Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi mendapati sebuah lori dan kereta terbakar akibat kemalangan.

“Terdapat dua mangsa tersepit dan terbakar dengan anggaran kemusnahan kereta adalah 100 peratus dan kepala lori musnah 80 peratus.

“Pasukan bomba memadamkan kebakaran menggunakan air pam tangki jentera dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya di sini hari ini.

UTAMABERITA Dua rentung kereta terbakar selepas bertembung lori

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium