[VIDEO] Mayat remaja lemas ditemukan di Pulau Kening dengan bantuan Unit K9 - pakdin.my

BERA – Remaja lelaki berusia 19 tahun yang dikhuatiri lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Batu Bor, di sini kelmarin berjaya ditemukan pasukan bomba, hari ini 16 Januari 2023.

Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani memberitahu mayat mangsa dijumpai oleh Unit K9 dan pasukan Bomba dan Penyelamat Triang pada pukul 10.44 pagi pada jarak 900 meter dari lokasi kejadian di Pulau Kening.

“Pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR), kami telah menggunakan khidmat daripada Unit K9, dan mangsa, Faizal Akmal Fikri Mohd Fauzi ditemukan tersangkut pada kayu di kawasan sungai oleh anjing pengesan,” katanya.

Ismail berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke hospital berdekatan untuk tindakan susulan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ketiga hari ini dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan penglibatan seramai 13 anggota dari Unit K9, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Triang dan BBP Maran.

Sabtu lalu 14 Januari 2023, Faizal Akmal Fikri yang berasal dari Kampung Bukit Lada Awah, Temerloh dipercayai mandi di sungai itu bersama lima rakan lain, pada kira-kira pukul 4 petang.

Sementara itu bapa mangsa, Mohd Fauzi Mohamed Jidin, 52 reda dengan kehilangan anak bongsunya itu.

UTAMABERITA Mayat remaja lemas ditemukan di Pulau Kening dengan bantuan Unit K9

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium