NASIONALNAHAS & BENCANA Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands -...

[VIDEO] Enam maut, lapan cedera van terbabas turun dari Genting Highlands – Bomba

Enam maut manakala lapan lagi cedera apabila sebuah van terbabas di Kilometer 4.8 Jalan Genting Highlands dekat Bentong, Pahang petang ini 8 Februari 2023.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata kemalangan tersebut berlaku pada 1:15 tengah hari semasa van yang dinaiki 14 orang itu sedang dalam perjalanan turun dari Genting Highlands sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

Kesemua mangsa yang terlibat telah dibawa ke Hospital Bentong dan Hospital Selayang,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa dipercayai warga tempatan dan adalah sekumpulan pelancong dari Kulim, Kedah.

VIDEO berkaitan:

 

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami