NASIONALNAHAS & BENCANA Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi

[VIDEO] Banjir kilat berlumpur di Bukit Tinggi

BENTONG – Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan kawasan Bukit Tinggi di sini mengalami banjir kilat berlumpur.

Air berlumpur mengalir deras menuruni bukit ke kawasan perkampungan Bukit Tinggi bermula pukul 6 petang tadi sehingga kini menyebabkan banyak kenderaan yang melalui kawasan itu terkandas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Mohd Shafie Sulong berkata, tiada kemalangan jiwa atau mangsa yang dipindahkan setakat puku 8.30 malam ini akibat kejadian berkenaan.

“Bagaimanapun laluan Bukit Tinggi-Janda Baik dan Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan.

“Kejadian adalah air melintas di atas jalan daripada bukit dan tidak melibatkan pemindahan mangsa banjir,” katanya.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Saman seksual: Keputusan permohonan Perdana Menteri 30 September

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami