Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah - pakdin.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  dijangka mendakwa Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan di Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berhubung kes Inisiatif Jana Wibawa.

Difahamkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu telah ditahan selepas beliau hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya malam tadi.

Seorang lagi individu yang bakal didakwa bersama atas pertuduhan yang sama adalah seorang ahli perniagaan dan juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat, Adam Radlan Adam Muhammad.

Dalam pada itu, SPRM tanpa menamakan pemimpin politik itu telah mengeluarkan makluman kepada media untuk membuat liputan tentang pendakwaan ke atas dua individu berkait Jana Wibawa pukul 9 ini di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

VIDEO berkaitan:

Janngan lupa subscribe

Sebelum itu, SPRM telah membekukan akaun parti Bersatu sebagai membantu siasatan ke atas wang yang disyaki daripada hasil haram.

Bagaimanapun, Bersatu menafikan sebarang salah laku berhubung salah laku dana berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, bekas perdana menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah dipanggil dan dirakam keterangan oleh SPRM pada minggu lalu sebagai membantu siasatan lanjut.

Selain itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki juga mengesahkan Muhyiddin sedang disiasat sebagai suspek dalam kes yang sama.

Program Jana Wibawa telah dianjurkan semasa pandemik Covid-19 untuk membantu kontraktor bumiputera.

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh

UTAMABERITAJana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium