[VIDEO] Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan – Ahmad Zahid - pakdin.my

Cadangan mewujudkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berbayar kepada golongan berkemampuan tidak akan melibatkan peruntukan daripada kerajaan, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata pelan futuristik yang sedang disusun atur Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu akan menggunakan kaedah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) serta kerjasama dengan institusi kewangan.

Ahmad Zahid juga memberikan jaminan MRSM berbayar berkenaan tidak akan didirikan di atas tanah Mara yang dikhususkan untuk manfaatkan rakyat miskin.

“Kita akan bekerjasama dengan beberapa pihak menggunakan jalinan pintar (smart partnership) untuk pembinaannya,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) sama ada kerajaan akan menggunakan tanah Mara yang dikhususkan kepada rakyat miskin dan B40 bagi persekolahan anak-anak untuk golongan T20 dan M40.

Janngan lupa subscribe

Menurutnya MRSM berbayar itu boleh dilaksanakan dengan mengambil contoh pelaksanaan Sekolah  Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka.

“Atas pengalaman peribadi saya, saya telah menubuhkan Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab tanpa sesen pun peruntukan daripada kerajaan. Saya telah melakukannya dan sekolah itu telah berjalan selama 11 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata cadangan mewujudkan MRSM berbayar tersebut ekoran permintaan tinggi kemasukan ke MRSM iaitu 300 peratus daripada kapasiti sedia ada.

“Kita telah melakukan kajian kebolehlaksanaan dan mendapati ramai pelajar-pelajar berkelayakan untuk memasuki MRSM dari segi akademik tetapi tidak layak dari segi ‘bracket’ pendapatan ibu bapa mereka terutama kumpulan T20 dan M40.

“Salah satu syarat kemasukan (MRSM) ialah keutamaan kepada kumpulan B40,” katanya menambah terdapat juga terlalu banyak permintaan daripada alumni MRSM yang mahukan anak-anak mereka memasuki institusi itu.

Justeru, beliau berkata Mara akan membuka ruang seluas-luasnya bagi anak-anak golongan berkenaan memasuki MRSM tanpa berkompromi dari segi kualiti dan kelulusan minimum akademik.

Sebelum ini Pengerusi MARA  Datuk Dr Asyraf Wajidi Dusuki mencadangkan MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Menjawab mengenai aduan kos tersembunyi di MRSM sedia ada seperti pembelian baju bagi program tertentu di sekolah yang dibangkitkan Syed Saddiq, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan bertemu pengerusi persatuan ibu bapa dan guru MRSM bagi mencari jalan agar pelajar golongan B40 tidak terbeban dengan perkara berkenaan.’

UTAMABERITAAM Pembinaan MRSM berbayar tidak libatkan peruntukan kerajaan - Ahmad Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium