Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut - pakdin.my

[VIDEO] Peniaga tetap berniaga walau khemah dibadai angin ribut - pakdin.my

BAGAN SERAI – Sebanyak enam buah khemah peniaga bazar Ramadan di Alor Pongsu, Bagan Serai rosak akibat dibadai angin ribut kira-kira pukul 2.30 petang 25 Mac 2023.

Peniaga, Salina Che Tahe, 42, berkata, ketika kejadian dia berada di hadapan kaki lima sebuah kedai di tapak bazar tersebut.

“Angin kencang datang dari arah bangunan Dewan Orang Ramai Alor Pongsu menyebabkan beberapa buah khemah terbang ditiup angin. Ada antara khemah tersebut patah besi dan koyak.” ketika ditemui di tapak bazar ramadan Alor Pongsu di sini hari ini.

Seorang lagi peniaga, Robitah Razak, 37, berkata, dia mendapat tahu tentang kejadian itu setelah dihubungi oleh jiran niaganya.

“Sebaik tiba di lokasi, saya lihat dua buah khemah di tapak saya seolah-olah runtuh separuh kerana besinya patah, manakala barangan niaga masih dalam keadaan selamat,” katanya.

Menurutnya, khemah berniaga di kawasan itu  disewa pada harga RM400 sebulan

Sementara itu di di Kampung Jalan Baru Alor Pongsu sebuah rumah kediaman dan kedai makannya musnah dihempap sebatang pokok ketika angin ribut melanda.

Pemilik rumah,Anis Suraya Aziz berkata,ketika kejadian dia berada dirumah adiknya yang terletak kira -kira 10 meter dari rumahnya.

Dia berada dirumah adiknya ketika hujan mulai turun dan tidak lama selepas itu kian lebat dan angin kencang mula melanda dikawasan itu.

“Saya tidak menyangka sama sekali,angin kuat itu telah menyebabkan pokok yang berada disebelah hadapan jalan tumbang menghempap rumah dan kedai makan.

“Saya tergamam dan kelu lidah melihat rumah kediaman hampir musnah.

“Kedai makan yang bersambung dengan rumah musnah juga turut musnah.”katanya ketika ditemui dilokasi pada petang tadi.

BACA juga  [Video] 50 rumah rosak dilanda ribut di Perlis

Menurutnya,semua barang jualan mee rebus yang telah siap untuk dijual dibazar ramadan Alor Pongsu juga semuanya musnah dalam kejadian itu.

“Saya bersyukur ketika kejadian saya bersama dua orang anak yang masih kecil tidak berada didalam rumah.

“Saya pun tidak tahu macam mana nak membaikpulih semula rumah dan kedai ini dengan keadaan kekangan kewangan pada masa ini.”katanya

Menurutnya,suaminya hanya bekerja kilang dengan pendapatan lebih kurang RM1700 sebulan.

“Kedai kecil yang ada bersambung dengan rumah ini merupakan salah satu usaha saya dalam menambah pendapatan untuk kami sekeluarga.

“Saya hanya berniaga secara kecil -kecilan sahaja dikampung ini, sedikit sebanyak kedai kecil ini dapat juga membantu dan menampung keperluan harian.”katanya

“Saya amat mengharapkan agar ada pihak -pihak yang dapat membantu membaikpulih semula rumah dan kedai kecil saya ini.

“Dengan keadaan pendapatan yang sedia ada sudah tentu kami tidak mampu untuk memperbaiki semula kediaman dan kedai ini.”katanya

Sementara itu,Ahli Parlimen Bagan Serai,Datuk Idris Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Alor Pongsu,Noor Azman Ghazali turut dilihat telah turun padang menziarahi mangsa -mangsa ribut di Kampung Jalan Baru termasuk di Tapak Bazar Ramadan Alor Pongsu.

Dalam kejadian ribut sekitar 2.30 petang ini,sebanyak 3 buah rumah dan enam buah khemah peniaga rosak akibat dibadai angin ribut.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Anis Suraya boleh berbuat demikian melalui akaun maybank 1584 1713 7253 Anis Suraya Aziz.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285