[VIDEO] MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM - pakdin.my

KUALA LUMPUR — Kementerian Pertahanan (MINDEF) hari ini menerima 50 unit ambulans bagi memperkasakan Kor Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekali gus mempertingkatkan mutu perkhidmatan kesihatan anggota tentera.

Aset-aset yang akan ditempatkan di kem-kem ATM dan hospital-hospital ATM di seluruh negara antaranya Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju, Kem Terendak di Melaka dan Gemas di Negeri Sembilan itu diterima oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Penerimaan aset-aset berkenaan adalah amat penting untuk mutu perkhidmatan Kor Kesihatan ATM dapat dipertingkatkan agar hal ehwal anggota akan terus menjadi keutamaan.

Saya berharap agar ambulans-ambulans ATM berkenaan dapat digunakan oleh pihak luar yang memerlukan rawatan perubatan,” katanya kepada pemberita selepas hadir Majlis Penyerahan Ambulans Domestik Perkhidmatan ATM di Padang Kawad, Kem Kementah, di sini, hari ini.

Turut hadir Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Sabri Zali.

Jangan lupa subscribe

Menurut Mohamad Kementerian Pertahanan memerlukan kira-kira 130  ambulans lagi namun pemesanan akan dibuat apabila keadaan kewangan negara semakin baik.

Sementara itu, Mohamad berkata Malaysia khususnya pasukan ATM mendapat pujian daripada kerajaan dan rakyat Turkiye sebagai negara pertama memberikan bantuan kemanusiaan semasa gempa bumi melanda negara itu.

“Kami telah hantar pasukan ATM selama enam minggu di Turkiye dan mereka telah menamatkan misi serta pulang ke tanah air pada hari ini.

“Walaupun pasukan ATM terpaksa bertugas dalam keadaan cuaca ekstrem dan kelengkapan yang serba kekurangan, ini tidak pernah mematahkan semangat mereka untuk terus terlibat misi bantuan kemanusiaan,” katanya.

Mohamad berkata inilah contoh perkhidmatan ATM yang terbaik yang sentiasa bersiap-siaga dalam apa jua keadaan.

Gempa bumi kuat berukuran 7.8 skala Richter yang melanda tenggara Turkiye pada 6 Feb lepas telah menyebabkan lebih 5,700 bangunan di zon bencana ranap dan ribuan mangsa telah terkorban dalam tragedi berkenaan.

UTAMABERITAAM MINDEF terima 50 ambulans, perkasa tahap perkhidmatan Kor Kesihatan ATM

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium