Mahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low - pakdin.my

KUWAIT CITY — Mahkamah Jenayah Kuwait hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang “Sheikh”, rakan kongsinya, dan dua warga asing iaitu Jho Taek Low dan Bashar Kiwan atas kesalahan kes penyelewengan dana IMDB, iaitu kes pengubahan wang haram terbesar setakat ini di negara itu.

Mahkamah itu yang diketuai oleh Kaunselor Faisal Al-Harbi turut menjatuhkan hukuman penjara selama 7 tahun ke atas seorang peguam atas kesalahan sama.

Menurut akhbar Kuwait Al-Qabas, mahkamah juga mewajibkan mereka untuk memulangkan semula wang sebanyak USD1 bilion (RM4.42 bilion) dan mengenakan denda sebanyak 145 juta dinar Kuwait (RM2.9 bilion).

Hasil siasatan menunjukkan hampir USD1 bilion telah masuk ke dalam akaun milik “Sheikh” warga Kuwait yang berpengaruh itu dan wang itu telah dialihkan ke luar negara. Nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi, mahupun peguam berkenaan tidak didedahkan.

Pihak Pendakwa Raya juga mendakwa mereka sebagai “kumpulan penjenayah terancang” telah melakukan pengubahan wang haram dalam mata wang China, iaitu sebanyak 343 juta Renminbi (RM4.95 bilion), dan mengetahui bahawa dana itu adalah hasil daripada jenayah, kecurian wang dan pelaburan dana sovereign fund Malaysia.

VIDEO berkaitan:

 

Pendakwa Raya berkata “Sheikh” itu mendakwa wang itu diperolehi daripada sebuah syarikat di Hong Kong sebagai komisen untuk kerja perundingan kontrak pada 2017 untuk pelaksanaan projek Laluan Sutera Baharu Maritim China.

(Kontrak itu sebenarnya disediakan oleh defendan kedua (rakan kongsi) dan ketiga (peguam) secara palsu tanpa menerima sebarang projek).

Pihak Pendakwa raya telah membuka semula kes IMDB selepas dua tahun terhenti selepas gagal menerima maklumat daripada pihak antarabangsa, namun kes itu tidak difailkan, sebaliknya dibekukan kerana kekurangan maklumat sebelum ini.

Jho Taek Low, ataupun lebih dikenali sebagai Jho Low kini dalam buruan dan dianggap sebagai dalang utama dalam skandal 1MDB yang membawa kerugian bernilai berbilion ringgit. Bachar Kiwan, yang nama sebenarnya Muhammad Bashar Kiwan, pula merupakan warga Syria-Peranchis dengan rekod jenayah dan penjara kerana menipu.

UTAMADUNIAMahkamah jenayah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 Tahun ke atas Jho Low

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium