Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak - pakdin.my

[VIDEO] Kesilapan peguam punca Najib meringkuk dalam penjara, kata Hakim Besar Sabah dan Sarawak - pakdin.my

Hakim tunggal yang bersetuju supaya permohonan semakan Datuk Seri Najib Tun Razak dibenarkan berpendapat adalah tidak adil bagi bekas perdana menteri itu terpaksa menanggung akibat daripada kesilapan dilakukan peguamnya dalam prosiding rayuan kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Abdul Rahman Sebli, yang mempengerusikan panel lima hakim, berkata peguam Najib (Datuk Hisyam Teh Poh Teik) telah dinafikan peluang untuk berhujah sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian selepas mengambil kes itu pada saat-saat akhir.

“Peguam tidak berhujah selepas memaklumkan panel hakim bahawa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian. Ini menyebabkan hanya satu pihak yang berhujah di hadapan panel terdahulu, iaitu Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram.

“Pemohon (Najib) langsung tidak didengari. Pemohon berada dalam situasi yang sangat tidak adil. Beliau  dalam keadaan kekurangan kerana tidak diwakili semasa rayuan. Adalah tidak adil bagi pemohon menanggung akibat atas kesilapan yang dilakukan oleh peguamnya.

“Apa yang pemohon mahu ialah melihat peguamnya bertindak untuknya demi kepentingannya, tidak lebih dan tidak kurang,” kata hakim itu ketika membenarkan permohonan Najib untuk menyemak keputusan panel Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengekalkan sabitan dan 12 tahun penjara dan denda kerana menyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Dalam penghakiman bertentangan itu, Abdul Rahman berkata panel hakim sebelum ini sepatutnya membenarkan pemohon (Najib) berhujah kepada mereka terlebih dahulu sebelum pihak pendakwaan membuat penghujahan.

“Ini tidak berlaku, pihak pendakwaan dibenarkan berhujah selama dua hari,” kata hakim itu dan menambah bahawa sabitan terhadap tertuduh harus dibatalkan kerana tiada representasi undang-undang.

Abdul Rahman berpendapat penangguhan sepatutnya diberikan, bukan untuk menyekat kes, tetapi untuk membolehkan bekas perdana menteri mencari peguam baharu.

BACA juga  'Tak tahu' 46 kali dalam 243 halaman merangkumi 9 tahun perkara pelik ke?

“Pemohon (Najib) mempunyai hak untuk mendapatkan peguam. Dalam kes ini, panel terdahulu telah menafikan hak pemohon untuk mendapatkan peguam.

“Panel sebelum ini berkata ia telah memberi masa empat bulan kepada peguam Najib untuk membuat persediaan. Ini tidak benar. Empat bulan itu adalah untuk Tetuan Shafee dan Co (peguam Najib sebelum ini). Bukan untuk peguam baharunya, Hisyam. Oleh itu, permohonan semakan untuk penangguhan itu mesti diberikan,” kata hakim itu.

Najib, 69, yang berada di tempat pesalah, kelihatan menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan hakim.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohd Nazlan, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun kepada Najib bagi setiap tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram, serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, jika gagal penjara lima tahun, dalam kes penyalahgunaan jawatannya. Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara serta denda itu.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu untuk membatalkan sabitan dan hukuman. Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang pada hari yang sama.

Najib kemudian memfailkan permohonan semakan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini. Selain itu, beliau juga telah memfailkan permohonan pengampunan diraja pada September tahun lepas.

Pada 5 Jan lepas, beliau juga memfailkan petisyen kepada Kumpulan Kerja Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Penahanan Arbitrari (UNWGAD) untuk meminta pembebasan daripada penjara atau perbicaraan semula kes SRC International yang dihadapinya berikutan pendengaran rayuan di Mahkamah Persekutuan yang beliau dakwa mempunyai kecacatan serius dan bertentangan dengan peraturan keadilan antarabangsa.

BACA juga  Kesan daripada negara India boikot minyak sawit dari Malaysia

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468

TERKINI

[VIDEO] Dua lemas, seorang hilang mandi di Pantai Bagan Lalang

Usaha menyelamat sedang dijalankan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165563

[VIDEO] Nahas kereta api Odisha India: Angka kematian meningkat lebih 290

Howrah Superfast Express tergelincir dan bertembung dengan Coromandel Express BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165553

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

Wanita pertama di dunia menerima vaksin kanser payudara berkata ia ‘luar biasa’

Klinik Cleveland dan Anixa Biosciences mengeluarkan data awal pada April 2023 yang menunjukkan bahawa semua peserta dalam percubaan membina tindak balas imun. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165534

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Nenek Thailand berusia 97 tahun ditinggalkan anak perempuannya di jalan raya, ditemui berendam dalam hujan

Salah seorang cucu membawa wanita tua itu ke hospital, di mana dia disahkan mengalami demam ringan akibat hujan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165507

Bom tepi jalan mencederakan sami dan renjer di Selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan di daerah Rueso di wilayah Narathiwat, Thailand Selatan mencederakan tiga sami dan dua renjer sukarelawan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165497