NASIONALNAHAS & BENCANA Rumah panjang Peter Igoh, 33 pintu di Betong musnah terbakar

[VIDEO] Rumah panjang Peter Igoh, 33 pintu di Betong musnah terbakar

BETONG – Tiga orang melecur dan seorang sesak nafas akibat kebakaran yang meranapkan sebuah rumah panjang, Rh. Peter Igoh Nanga Mujan Skrang, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata bagaimanapun, kesemua 129 penghuni terdiri daripada 59 orang lelaki dewasa, 57 orang wanita dewasa, enam orang kanak-kanak lelaki dan tujuh orang kanak-kanak perempuan berjaya menyelamatkan diri.

Beliau menambah turut musnah tiga buah motosikal yang diletakkan berhampiran rumah panjang berkenaan.

“Kesemua 33 pintu rumah panjang terbabit musnah terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, katanya sebaik menerima laporan kira-kira pukul 3:32 petang 31 Mac 2023, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong segera digerakkan ke lokasi yang terletak sejauh 22 kilometer dari balai.

Katanya sebaik sampai di lokasi, pasukan bomba menggunakan sumber air sungai yang berdekatan untuk memadam kebakaran.

“Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke lapan unit stor yang berdekatan dan melakukan ‘overhaul’ bagi memadam bara api sehingga padam sepenuhnya,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Alhamdulillah, Jaslinda Dah Jumpa! Dua Minggu Survive Minum Air Periuk Kera

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami