EURO 2012: Rusia tewaskan Republik Czech 4-1 - pakdin.my

+++++

WROCLAW – Rusia menampilkan aksi garang apabila sedang mendahului Republik Czech 2-1 selepas menjaringkan dua gol awal babak pertama, dalam perlawanan Kumpulan A yang sedang berlangsung di Stadium Perbandaran Wroclaw.

Rusia menjaringkan dua lagi – dalam tempoh dua minit iaitu minit ke-79 dan 82.

Perlawanan itu berlangsung kira-kira sejam selepas dua lagi pasukan dalam Kumpulan A iaitu Poland dan Greece seri 1-1, berakhir dengan detik-detik drama dan kontroversi, di Stadium Nasional, Warsaw.

Pertemuan hari ini juga menyaksikan dua bintang Arsenal, Andrei Arshavin dari Rusia dan Tomas Rosicky dari Czech bertemu sebagai musuh.
Pemain tengah Rusia, Alan Dzagoev memecah kebuntuan menewaskan penjaga gawang Czech, Petr Cech pada minit ke-15.

Selepas itu, pemain berjersi nombor enam, Roman Shirokov meledak gol kedua dengan menguis masuk hantaran cantik daripada Jaroslav Plasil melepasi benteng Czech pada minit ke-24.

Czech memperoleh gol pertamanya menerusi Vaclav Pilar pada minit ke-54.

Gol ketiga Rusia dijaringkan oleh Alan Dzagoev pada minit ke-79 manakala yang seterusnya oleh Roman Pavlyuchenko empat minit kemudian.

UTAMAGAYA HIDUPEURO 2012: Rusia tewaskan Republik Czech 4-1

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium