Bekas Ketua Hakim mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan melanggar protokol. - pakdin.my

Pendapat bekas Ketua Hakim Negara Tun Hamid:

Abdul Hamid Mohamad berkata, tiada undang-undang bertulis berhubung perkara itu dan protokol dinyatakan Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat tidak pernah disebut dalam mahkamah sebelum penggubalannya oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakimannya minggu lalu.

“Tidak dapat menemui mana-mana peruntukan Perlembagaan yang jelas untuk bergantung atau yang kabur sekalipun untuk berkait, mereka menggunakan prinsip kebebasan kehakiman dan mencipta protokol baharu.

“Oleh sebab SPRM tidak mengikut protokol yang belum ada itu, SPRM telah melanggar protokol itu! Biar apa pun, ia memberi alasan kepada mahkamah itu untuk menyalahkan penyiasatan itu.

VIDEO BERKAITAN:

Jangan lupa subscribe

Katanya, beliau amat risau melihat perkembangan penghakiman Mahkamah Persekutuan beberapa tahun kebelakangan ini kerana ia membuat keputusan melebihi bidang kuasanya.

Beliau berkata, penghakiman itu turut menyindir seolah-olah cabang eksekutif dan perundangan tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan tugas mereka secara bebas.

Penghakiman itu juga meletakkan hakim “di tingkat lebih istimewa daripada semua orang, termasuk raja-raja” dengan mengkehendaki pihak berkuasa merujuk ketua hakim negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim sedang berkhidmat.

FACEBOOK Najib Razak
https://web.facebook.com/najibrazak/posts/pfbid0gnxc8FfjRbguMT3mk29EXej4NmEJMS89MkAJDtA36ueFeaw4QQ1puwPLHb49DpGZl

BACA kenyataan bekas Ketua Hakim
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/03/protokol-apa-soal-bekas-ketua-hakim-berkait-keputusan-siasatan-nazlan/

BACA juga:
SPRM dapati Nazlan langgar Kod Etika Hakim, kata Azalina
[VIDEO] Kertas siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan terdedah

UTAMANAJIB RAZAKBekas Ketua Hakim mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siasatan SPRM ke atas...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium