[VIDEO] Budak perempuan 7 tahun rentung, nenek cedera dalam kebakaran 3 rumah - pakdin.my

GEORGETOWN: Kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah kampung di Jalan Paya Terubong, Kampung Pisang, Air Itam, di sini, malam tadi.

Mangsa, G Sri Laavanya, ditemukan rentung manakala wanita berusia 50 tahun yang juga nenek mangsa, cedera pada tangan.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pulau Pinang, TS Zulfahmi Sutaji, berkata terdahulu pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 11.19 malam 9 April 2023.

Katanya, sepasukan 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong dan Jalan Perak bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat dengan dibantu 50 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dari Bukit Bendera, Bagan Ajam, Jalan Perak, Padang Lalang serta Air Itam.

“Setiba di tempat kejadian, api didapati marak membakar tiga rumah kampung yang berkedudukan rapat di antara satu sama lain.

Jangan lupa subscribe

“Berdasarkan maklumat awal, dipercayai seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun terperangkap dalam rumah berkenaan dan api dapat dikawal pada jam 12.45 pagi.

“Pasukan bomba menghadapi kesukaran berikutan tiada laluan masuk bagi jentera ke lokasi selain menggunakan hos sejauh 150 meter dari jalan utama ke kawasan kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi, awal pagi tadi.

Zulfahmi berkata, pasukan penyelamat kemudian menemukan mayat kanak-kanak itu dalam keadaan mengiring dan rentung sepenuhnya kira-kira lapan meter dari pintu utama rumah berkenaan.

Katanya, kanak-kanak itu dipercayai terperangkap di bilik tidur berdasarkan terdapat katil berhampiran mangsa.

“Kanak-kanak itu dipercayai panik dan dalam keadaan asap tebal, mangsa cuba lari sama ada ke bilik air atau ke jalan keluar berhampiran namun siasatan kemudian akan menentukan puncanya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan manakala mayat kanak-kanak itu diserah kepada polis sebelum dihantar ke hospital sama untuk dibedah siasat.

“Punca serta nilai kerugian masih dalam siasatan dan operasi tamat pada jam 1.23 pagi,” katanya.

Sementara itu, suasana hiba menyelubungi lokasi kejadian berikutan datuk dan nenek serta ahli keluarga meratapi nasib yang menimpa kanak-kanak itu.

Kepantasan pasukan penyelamat mengawal kebakaran juga mengelak api daripada merebak ke rumah berhampiran yang berkedudukan rapat.

UTAMABERITA Budak perempuan 7 tahun rentung, nenek cedera dalam kebakaran 3 rumah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium