Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak - pakdin.my

[VIDEO] Lelaki bakar kedai telefon pintar marah cinta ditolak - pakdin.my

Berang cintanya ditolak, seorang lelaki tergamak membakar sebuah kedai menjual telefon pintar sehingga kerugian kira-kira RM100,000 di Langkap dekat Teluk Intan petang semalam 15 April 2023.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata anggota Balai Polis Langkap menerima laporan kejadian pada 3.19 petang daripada seorang wanita berusia 46 tahun yang bekerja di kedai telefon berkenaan.

BACA juga: [Video] Pemuda kelar rakan kolej selepas cinta ditolak

Beliau berkata dalam laporannya, wanita berkenaan menyatakan lelaki berusia 54 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan itu datang ke premis itu pada 2.30 petang lalu mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan serta melemparkan kata-kata berunsur lucah.

Menurut Ahmad Adnan, lelaki itu turut mengancam keselamatan wanita itu dengan mengugut akan membakar wanita berkenaan dan premis itu.

“Disebabkan terlalu takut, wanita berkenaan bergegas ke Balai Polis Langkap untuk membuat laporan. Semasa laporan dibuat, kedai tempat wanita itu bekerja yang juga milik adiknya telah dilaporkan terbakar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Adnan berkata kebakaran di premis itu berjaya dipadamkan oleh pihak bomba dan kerugian akibat kejadian dianggar lebih kurang RM100,000.

Beliau berkata menurut saksi di tempat kejadian, lelaki itu dilihat menyimbah petrol lalu membakar kedai berkenaan.

Menurut Ahmad Adnan motif kejadian dipercayai berpunca akibat cinta lelaki itu ditolak wanita berkenaan.

Lelaki itu beberapa bulan kebelakangan ini sering kali datang ke kedai itu dalam keadaan mabuk serta cuba memikat wanita berkenaan namun wanita itu menolak dengan cara baik kerana telah berkahwin dan mempunyai tiga anak.

BACA juga: [Video] Gadis terjun sungai kerana putus cinta

“Semasa tangkapan dijalankan, lelaki itu didapati melecur di bahagian muka, tangan dan kaki. Lelaki itu ditangkap dalam keadaan mabuk dipercayai di bawah pengaruh alkohol,” katanya sambil menambah lelaki  berkenaan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan susulan.

BACA juga  Doktor terlampau rakam pekerja wanita dalam tandas dicekup polis

Ahmad Adnan berkata lelaki itu direman lima hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 435/323 Kanun Keseksaan.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

PERISTIWA BERDARAH 13 MEI: KIT SIANG PERNAH HALAU MELAYU DARI KG BARU

Penasihat Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah. Reaksi spontan...

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Rafizi ikon kebodohan pengundi Malaysia

Seperti mata wang kita, Bursa Malaysia tidak pernah pulih ke parasnya sejak 5 tahun lalu sejak selepas PRU-14. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165468

Siapa Lim Kit Siang?

#FaktaBukanAuta #MalaysiaBaru #MalaysiaMemilih Lim Kit Siang yg lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia ditahun 1957. Mereka dapat ehsan dari...

TERKINI

Sekiranya ini jawapan rasmi Menteri Ekonomi, pelabur mana yang masih mahu melabur di Bursa Malaysia?

Tapi jika kurang menyinar, kenapa pula Bursa Malaysia boleh naik berganda sehingga ke paras paling tinggi dalam sejarah sebelum PRU14 ketika Najib jadi PM? BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165544

Wanita pertama di dunia menerima vaksin kanser payudara berkata ia ‘luar biasa’

Klinik Cleveland dan Anixa Biosciences mengeluarkan data awal pada April 2023 yang menunjukkan bahawa semua peserta dalam percubaan membina tindak balas imun. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165534

Anak, menantu disyaki bunuh ibu strok direman 7 hari

Seorang wanita warga emas yang menghidap penyakit strok maut selepas dipercayai dipukul oleh anak dan menantunya dalam kejadian yang berlaku di Taman Cempaka Putih BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165526

Leher wanita hampir putus disembelih kekasih gelap, suspek turut hadir semasa tahlil dan pengebumian mangsa

Saat penduduk menemui mayat mangsa, suspek datang ke tempat kejadian dan turut melihat proses mangsa diangkat oleh pihak berkuasa BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165516

Nenek Thailand berusia 97 tahun ditinggalkan anak perempuannya di jalan raya, ditemui berendam dalam hujan

Salah seorang cucu membawa wanita tua itu ke hospital, di mana dia disahkan mengalami demam ringan akibat hujan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165507

Bom tepi jalan mencederakan sami dan renjer di Selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan di daerah Rueso di wilayah Narathiwat, Thailand Selatan mencederakan tiga sami dan dua renjer sukarelawan BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165497

Kerajaan Thailand meraikan kejayaan eksport pamelo dan itik yang telah dimasak

Pomelo adalah buah Thailand kelapan yang memenangi kelulusan import dari AS. Negara itu sebelum ini menyokong import mangga Thai, manggis, rambutan, longan, laici, nanas dan buah naga. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165488

Misi minyak sawit berakhir dengan jaya, UK sedia iktiraf MSPO

Fadillah berkata Malaysia perlu bersedia untuk berhadapan lebih banyak undang-undang dan peraturan yang akan diperkenalkan oleh EU BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165477