[VIDEO] Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama – Abang Jo - pakdin.my

KUCHING — Sarawak perlu terus mengekalkan dan mengutamakan aspek perpaduan serta keharmonian kaum dalam beragama tanpa mengetepikan kesucian Islam, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata perpecahan akibat isu perkauman hanya merugikan Sarawak yang akan menjangkau usia 60 tahun kemerdekaan pada 22 Julai ini.

“Ia (perpaduan) merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan. Setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching anjuran Jabatan Mufti Sarawak, di sini hari ini.

Abang Johari berkata meskipun ada kalanya rakyat Sarawak yang terdiri daripada berlainan bangsa dan agama mempunyai perbezaan pendapat, perkara itu tidak pernah mengakibatkan konflik besar.

Janngan lupa subscribe

“Inilah yang perlu kita jaga bersama dan pentingnya kita memahami agama dengan saluran yang betul dan tepat,” katanya.

Seminar bertemakan ‘Kelestarian Fiqh As-Syafi’i Dalam Memacu Kemakmuran Ummah’ menghimpunkan kira-kira 1,300 peserta dari Malaysia, Brunei, Indonesia, Jordan dan Yaman.

BACA juga:

UTAMABERITA Sarawak perlu kekal aspek perpaduan walau beza kaum, agama - Abang...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium