UtamaPOLITIKNik Aziz Patut Belajar...

Nik Aziz Patut Belajar Hormati Mufti - pakdin.my

Sejak sekian lama, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat cukup dikenali dengan masalah mulut berus, gemar merendahkan orang lain dan acapkali suka memperlecehkan tahap keilmuan individu yang yang bercanggah pendapat dengannya.

Itu reputasinya sejak dulu hingga kini, semuanya dek kerana terlampau taksud pada diri sendiri hingga lupa hakikat kejadian Illahi yang beliau hanyalah manusia biasa dan tak terkecuali dari kelemahan dan cacat cela.

Tapi Nik Aziz kekal sebagai Nik Aziz yang bermulut berus, watak dan percakapannya tidak langsung menggambarkan gelaran tok guru yang disandangnya.

Patutlah suatu ketika dulu ramai bekas pimpinan PAS memanggil Nik Aziz sebagai tok guru surat pekeliling.

Rupanya betullah gelaran tok guru yang ditempelkan pada dahi Nik Aziz hanyalah jenama politik untuk mencari undi parti dan bersifat duniawi semata-mata.

Jika betul Nik Aziz adalah seorang ulama atau Tok Guru yang benar-benar mursyid, tentu sahaja tidak tergamak dirinya menggelar Tuan Mufti Negeri Perak, Ustaz Harussani sebagai “seorang yang gatal mulut”.

Hanya dek kerana Ustaz Harussani menegur tingkah laku PAS yang makin jauh tenggelam dalam politik kepartian hingga mengabaikan perpaduan sesama Islam, tanpa fikir panjang dan tidak segan selu, Nik Aziz memperlekehkan pendapat Mufti.

Namun, ini bukanlah pertama kali Mufti diperlekeh dan dipandang remeh oleh Nik Aziz. Dalam pertengahan 1990-an dulu, seorang mufti lain pernah di cop sebagai ‘ulamak nifas dan haid’ oleh Nik Aziz, juga kerana teguran Mufti tersebut terhadap tindak tanduk PAS.

Pendek kata, bagi Nik Aziz, tiada seorang pun dalam dunia ini yang layak membuka mulut untuk menegur dirinya mahupun parti yang di dukung olehnya. Pantang ada yang berselisih pendapat dengannya, terimalah hamburan kata-kata nista dari mulut berusnya.

Acapkali bila berceramah di pentas politik ataupun dalam majlis agama, Nik Aziz gemar berpesan hadirin yang hadiri supaya menghormati ulama.

Tapi realiti yang berlaku, Nik Aziz sendiri tidak pernah belajar menghormati pendapat ulama dan teguran para Mufti hanya semata-mata dirinya mendahulukan kepentingan politik kepartian PAS.

Sebelum kian ramai khalayak umum menyedari bahawa Nik Aziz hanyalah ulamak politik dan tok guru surat pekeliling yang cakap tak serupa bikin, eloklah mulai hari ini Nik Aziz belajar menghormati mufti.

Kata-Kata Imam Ghazali Tentang Ulama Suu’ Yang Lebih Jahat Dari Syaitan »

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...