Hujan membasahi Kaabah selepas subuh - pakdin.my

MEKAH – Ratusan ribu jemaah di Masjidilharam bergembira apabila hujan turun membasahi bumi mekah selepas solat subuh pagi tadi.

Difahamkan, kali terakhir hujan turun di Tanah Suci ialah pada Februari lalu. Ketika ini cuaca panas melanda Mekah hingga mencecah 40 darjah Celsius.

Terdahulu bunyi guruh mula kedengaran berdentum pada awal pagi sebelum azan subuh berkumandang pada pukul 4.12 pagi waktu tempatan.

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing.

Seorang jemaah, Mohd. Anuar Othman, 51, berkata, hujan mula turun renyai-renyai sebelum subuh sekitar pukul 3.20 pagi sebelum lebat selepas subuh.

@pakdin.my

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348 ........

♬ original sound - pakdin.my

“Ketika itu saya dalam perjalanan pulang ke hotel. Hujan itu sejuk dan ia sangat mendamaikan,” katanya.

BACA juga:

UTAMADUNIAHujan membasahi Kaabah selepas subuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium