BERITA 28 Maut akibat hujan lebat di Pakistan

[VIDEO] 28 Maut akibat hujan lebat di Pakistan

ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 28 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak, maut selepas hujan lebat melanda beberapa bahagian di Pakistan pada Sabtu (10 Jun).

Sekurang-kurangnya 69 kediaman rosak akibat hujan manakala sekitar 145 orang cedera di beberapa wilayah Khyber Pakhtunkhwa dan Punjab.

Demikian lapor Agensi Anadolu, memetik penyiar Berita Geo.

Sebelum ini, jurucakap perkhidmatan penyelamat kecemasan Rescue 1122, Bilal Faizi, memberitahu Anadolu bahawa 20 orang maut manakala lebih 80 yang lain cedera di pelbagai kawasan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

Angka kematian pula dijangka terus meningkat.

 

BACA juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami