BERITASasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik

Sasaran PH, BN menang 50 kerusi di Selangor realistik

Sasaran gabungan Kerajaan Perpaduan untuk memenangi sekurang-kurangnya 50 atau dua pertiga jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor pada Pilihan Raya Negeri akan datang adalah realistik dan mampu dicapai.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sasaran itu boleh dicapai dengan gabungan kekuatan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.

“Sasaran kita yang realistik adalah menang dua pertiga kerusi DUN Selangor namun jika campurkan pengundi PH dan BN, sasaran 50 kerusi itu mampu dilakukan serta dicapai.

“Ini adalah masa kita untuk meyakinkan akar umbi kedua-dua pihak untuk bekerjasama dan memastikan kemenangan gabungan luar biasa untuk menjamin kestabilan serta kemakmuran di Selangor,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakyat di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras hari ini.

Beliau menjawab dakwaan dan pandangan pemerhati politik serta pembangkang yang menyifatkan sasaran PH dan BN untuk menang 50 daripada 56 kerusi DUN di Selangor sebagai tidak realistik.

DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan hari ini, dua hari lebih awal berbanding tempoh mandat rakyat berakhir iaitu pada 25 Jun.

Pembubaran itu selaras dengan pengumuman Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani pada Isnin lepas setelah mendapat perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

BACA. juga:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Melaka Maju, Sejahtera dan Berdaya Saing di Bawah Kepimpinan Ab Rauf Yusoh

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami