PRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai - pakdin.my

Pengagihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang, sudah 95 peratus selesai.

Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata rundingan yang telah berlangsung sejak bulan lepas, berjalan lancar dan masih terdapat beberapa kerusi belum diputuskan kerana ada pertindihan kerusi.

“Rundingan bagi pengagihan kerusi sudah pun 95 peratus selesai dan ada beberapa kerusi lagi yang terdapat pertindihan permintaan bagi kerusi tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Interactive Edutainment Programme di Hospital Gleneagles di sini hari ini.

Chow yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata PH-BN akan mengadakan mesyuarat ketiga pengagihan kerusi PRN di Kuala Lumpur, esok.

VIDEO berkaitan:

Jangan lupa subscribe

“Saya percaya esok merupakan rundingan ketiga dan terakhir…kalau tiada keputusan, kita mungkin perlu serah kepada Majlis Presiden. Kita bermesyuarat di Kuala Lumpur kerana rundingan sudah dibawa ke peringkat pusat,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Chow berkata Pulau Pinang akan membubarkan DUN dalam 10 hari terakhir bulan ini.

“Sebenarnya, kita tidak bermasalah kerana sudah sampai ke akhir penggal dan seperti dijanjikan awal tahun, ia akan berlaku pada hujung bulan Jun.

Beliau berharap untuk mengumumkan tarikh pembubaran DUN, selepas mengadakan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) negeri Pulau Pinang yang terakhir.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH memenangi 37 kerusi, termasuk dua kerusi DUN daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersama PH, manakala masing-masing dua dan satu kerusi dimenangi BN dan PAS.

Pada PRU15, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN, namun media sebelum ini melaporkan pemimpin enam negeri itu mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai pembubaran DUN masing-masing ialah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun, bagi membolehkan PRN di enam negeri itu dijalankan serentak.

BACA juga:

UTAMAPOLITIKPRN Pulau Pinang: Pengagihan kerusi PH-BN 95 peratus selesai

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium