[VIDEO] PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi - pakdin.my

Persiapan antara parti gabungan Kerajaan Perpaduan bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diputuskan dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ini termasuklah mengenai rundingan pembahagian kerusi, calon dan strategi kempen.

Bagaimanapun menurutnya bagi negeri yang dikuasai mutlak oleh gabungan tertentu seperti Pakatan Harapan (PH) di Selangor dan Pulau Pinang, rundingan mengenai pengagihan kerusi harus dimulakan oleh kepimpinan negeri sebelum hasil rundingan itu dikemukakan kepada pusat.

“Tadi kita bincang tiada masalah (pengagihan kerusi di negeri yang dikuasai mutlak parti tertentu). Macam beberapa negeri dipimpin oleh UMNO kita terima dan beberapa negeri lain yang dipimpin oleh komponen PH juga kita terima.

“Saya ingat ini bukan isu yang dipertikai tapi saya serah kepada kebijaksanaan kepimpinan di negeri yang harus memulakan rundingan secara lebih kemas dan kemudian mengemukakan (hasilnya) kepada pimpinan pusat,” kata beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam ini.

Jangan lupa subscribe

Mesyuarat kira-kira dua jam itu turut dihadiri beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan antaranya Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Enam negeri sebelum ini sepakat membubarkan DUN masing-masing pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata meskipun persiapan PRN kali ini banyak melibatkan BN dan PH namun parti yang mempunyai cawangan atau gerakan di Semenanjung Malaysia turut dilibatkan sama dalam perbincangan sebagai menggambarkan kesepaduan dan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengenai isu lain, Anwar berkata Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan pada 14 Mei ini adalah percubaan pihaknya untuk terus mewujudkan semangat kemuafakatan dalam kalangan kaum dan wilayah di negara ini.

“Mesej kita ke seluruh negara ini ialah suatu percubaan yang unik dalam sejarah  yang mengulangi usaha untuk mewujudkan kemuafakatan kaum dan wilayah bermula sejak peringkat awal kemerdekaan, kemudian pada zaman Tunku Abdul Rahman dan oleh Tun Abdul Razak.

“Kita harap percubaan (usaha) ini berkesan dan berhasil bagi menjamin kesinambungan, kelangsungan dan yang paling penting agenda rakyat itu dapat dilaksanakan dengan cukup berkesan,” katanya.

BACA juga:
Kerajaan Perpaduan perlu pastikan pentadbiran kuat untuk stabilkan ekonomi – Anwar
Kerajaan Perpaduan semakin kukuh dan stabil – Loke
Perhimpunan Agung UMNO 2023 Lebih Awal, Sebelum PRN – Ahmad Zahid
Keputusan Hajiji libatkan GRS dengan kerajaan perpaduan terbukti tepat, kata penganalisis
Sukar untuk Dr M tubuh kerajaan perpaduan, kata penganalisis

UTAMAPOLITIK PRN: Anwar serahkan kepada kebijaksanaan pimpinan negeri mulakan rundingan kerusi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium