GARA-GARA mengikut ritual mandi bunga, seorang remaja berusia 16 tahun diperkosa bomoh.
Kejadian pada 1 Jun itu bermula apabila ibu saudara kepada remaja terbabit ingin mendapatkan khidmat bomoh berkenaan.
Menurut wakil ketua pusat perlindungan Tangerang, Syukron Nur Arifin, pada awalnya mandi bunga hanya dilakukan oleh ibu saudara mangsa.
Namun selepas upacara tersebut selesai, bomoh yang dikenali sebagai Mamang Ompong menyatakan remaja berkenaan terkena sihir guna-guna dan perlu mandi bunga.
Ibu remaja terbabit kemudiannya bersetuju dengan saranan bomoh.
“Dia diperkosa semasa upacara mandi bunga dilakukan iaitu selepas ibunya disuruh keluar,” katanya.
Bagaimanapun, remaja terbabit hanya melaporkan kejadian berkenaan selepas beberapa hari berlalu kerana berasa takut.
Tambah Syukron, mangsa kini berada dalam keadaan trauma dan perlu mendapatkan rawatan psikologi.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat luka pada bahagian kemaluan mangsa.
BACA juga:
Alamak! Mandi bogel antara 14 perkara jadi punca jin dekati manusia
Jin Islam atau kafir, manusia ditegah guna khidmatnya! Kenali 10 ciri bomoh guna jin
Tiga Beradik Dakwa Cedera Akibat Dirawat Bomoh
Warganegara Indonesia yang disyaki di rogol ahli politik DAP Malaysia mengalami trauma
Pelajar perempuan 9 tahun dilarikan sebelum dicabul di Slim River
VIDEO berkaitan: