[VIDEO] MIC, MCA akan diberikan kerusi pada PRN – Ahmad Zahid - pakdin.my

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi jaminan bahawa MCA dan MIC akan diberi kerusi untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Justeru, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Portal TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) MADANI di sini hari ini berharap desas desus berlakunya peminggiran komponen BN dalam PRN itu nanti dapat dipadamkan.

“Saya harap jika ada sebarang desas desus mengatakan ada peminggiran dalam kalangan komponen BN, saya harap ia dipadamkan. Saya ingin memberikan jaminan ini kepada rakan-rakan parti dalam komponen BN,” katanya.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Timbalan Presiden MIC M Saravanan hari ini dilaporkan menafikan laporan yang menyebut bahawa parti itu akan diperuntukkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding pada PRN Selangor.

Mengenai pengagihan kerusi antara BN dan Pakatan Harapan (PH), Ahmad Zahid berkata proses memuktamadkan kerusi antara BN dan PH itu telah hampir ke penghujungnya.

Ditanya bila pertemuan akan diadakan dengan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memuktamadkan pengagihan kerusi BN dan PH, Ahmad Zahid berkata pertemuan itu bergantung kepada tarikh yang dikemukakan Perdana Menteri.

“Saya fikir tidak terlalu lama, bila saja waktu sesuai untuk kami muktamadkannya. Perundingan sudah dibuat beberapa kali antara BN dan PH,” katanya.

BERKAITAN:

Janngan lupa subscribe

UTAMAPOLITIK MIC, MCA akan diberikan kerusi pada PRN – Ahmad Zahid

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium