[VIDEO] Badal atau bedal haji? - pakdin.my

  • Banyak kertas koyak, bersepah di Tanah Suci… Lelaki dedah scammer kantoi laksana ‘amanah’ ramai penama
  • Kebanyakan kertas yang bersepah tertera badal haji bagi penama-penama dari Asia, termasuk Malaysia.
  • apa yang mengejutkan apabila terdapat segelintir jemaah yang kononnya melakukan badal haji dengan menyebut beberapa penama.
  • Selain Malaysia, antara kertas badal haji yang dilihat sudah dikoyakkan dan dibuang adalah bagi penama dari Indonesia dan Thailand.
  • Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu

BADAL haji atau bedal haji?

Ia merupakan persoalan yang disuarakan oleh seorang jemaah haji yang sedang melaksanakan badal haji di Tanah Suci ketika ini.

Rakaman yang dibuat di Jabal Rahmah mendedahkan kegiatan segelintir pelaksana yang didakwa terlibat dalam penipuan badal haji.

Menerusi perkongsian story di laman sosial milik jemaah itu, kelihatan banyak kertas yang tertera ‘upah badah haji’ yang mempunyai kesan koyak bersepah di atas lantai.

Banyak kertas ‘upah badal haji’ bersepah di atas lantai.

 

Kebanyakan kertas yang bersepah tertera badal haji bagi penama-penama dari Asia, termasuk Malaysia.

Badal haji bermaksud ibadah haji yang diupahkan kepada seseorang untuk dilaksanakan sebagai ganti kerana adanya halangan tertentu seperti sakit, usia tua (uzur) atau kematian ke atas orang yang seharusnya mengerjakan haji.

Orang yang melaksanakan haji badal pula disyaratkan sudah melaksanakan haji untuk dirinya terlebih dahulu.

Namun, apa yang mengejutkan apabila terdapat segelintir jemaah yang kononnya melakukan badal haji dengan menyebut beberapa penama.

“Mamat ni rasanya dah berapa kali dah, muka dia saja. Ada dua, tiga nama yang saya nampak. Dia kata ‘Saya buat badal haji untuk sekian sekian’.

“Dekat dua jam saya nampak, siap ada sampul. Dah habis tu, mereka renyukkan kertas dan selepas tu dia tukar pula kertas baharu,” katanya lagi.

Jemaah membuat rakaman dengan memegang kertas penama untuk upah badal haji.Jemaah membuat rakaman dengan memegang kertas penama untuk upah badal haji.
Jemaah membuat rakaman dengan memegang kertas penama untuk upah badal haji.

 

Selain Malaysia, antara kertas badal haji yang dilihat sudah dikoyakkan dan dibuang adalah bagi penama dari Indonesia dan Thailand.

“Kalau anda nampak ni, antara nama-nama badal haji. Lepas dia baca je ‘Saya dah berada di Arafah sekian sekian dan saya tengah buat haji untuk ni’… dia akan koyakkan (kertas).

“Selepas itu, katanya mereka akan ambil pula gambar dengan nama yang baharu. Satu orang tu dah berapa orang dah. Jadi, ini ke badal haji yang murah tu?” katanya.

Kat sana pun berani ye buat macam ni. Tak takut Allah ke?

NETIZEN

Rata-rata netizen turut terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh jemaah berkenaan.

“Betul-betul penunggang agama. Jaga la kebersihan, malu sungguh bila mereka buat macam ni.

“Allahuakbar… kat sana pun berani ye buat macam ni. Tak takut Allah ke? Moga badal haji untuk arwah abah dipermudah,” komen netizen.

Selain Malaysia, kertas penama-penama dari negara Asia lain turut kelihatan.

 

Terdahulu, Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan umat Islam di negara ini supaya lebih berhati-hati dengan tawaran badal atau upah haji oleh agensi pelancongan mahupun individu tertentu, bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, setiap individu dari luar Makkah perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Katanya, ia berbanding dengan penduduk tempatan yang hanya perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

“Tawaran badal haji sekitar RM1,000 sehingga RM3,500 ke atas itu terlampau murah jika dibandingkan dengan harga asal permit haji yang harganya paling rendah adalah sekitar SR4,000 (RM4,800).

“Ini tidak termasuk lain-lain perbelanjaan yang perlu ditanggung oleh penduduk tempatan Arab Saudi untuk menunaikan ibadat haji,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Syed Saleh, TH dan anak-anak syarikatnya tidak terbabit dalam sebarang bentuk promosi, penawaran mahupun penyediaan perkhidmatan badal haji.

BERKAITAN:

Janngan lupa subscribe

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMA Badal atau bedal haji?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium