[VIDEO] Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar, Kemaman - pakdin.my

  • Diipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, Kemaman.
  • Mangsa pertama Azizah Eiyi, 40 (ibu) ditemui 24KM dari lokasi kejadian, mangsa kedua Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11 (anak) ditemui jarak 2KM.
  • Sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti
  • SAR lapan lagi mangsa yang hilang terpaksa dihentikan lebih awal pada sebelah petang kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang. Akan disambung pagi esok.

KEMAMAN: Seorang lelaki dan wanita ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara lapan lagi dikhuatiri masih hilang.

Pegawai Bertugas Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu, Asisten Superintenden Ahmad Syukri Yusoff berkata, dua korban pertama telah ditemukan masing-masing pada jam 12.45 tengah hari pada Ahad.

Kedua-dua mangsa tersebut ialah Azizah Eiyi, 40, dan anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11.

“Mayat pertama iaitu seorang wanita ditemui orang ramai di tebing sungai berhampiran Kubur Kampung Laut, Pasir Gajah, Kemaman manakala mayat kedua iaitu seorang lelaki ditemui di atas kayu di tebing sungai menuju ke Tasik Hutan Sungai Air Putih.

“Pemantauan di lokasi kejadian menemui sebuah kereta jenis Proton Gen 2 bernombor pendaftaran JHY 5517 dan sebuah motosikal jenis SYM dengan nombor pendaftaran CER 5753 lebih kurang dua kilometer dari lokasi penemuan mayat kedua,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, hasil siasatan awal pada kedua-dua mayat tidak menemui sebarang kesan kecederaan atau kesan pelakuan jenayah.

“Mangsa didapati lemas kesan daripada kepala air yang berlaku di lokasi kejadian dan identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

“Mayat telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut,” katanya.

Janngan lupa subscribe

……………………………..

Operasi dihenti awal, khuatir kepala air berulang

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lapan lagi mangsa yang hilang di Jeram Mawar, Air Putih di Kemaman terpaksa dihentikan lebih awal petang tadi kerana dikhuatiri kepala air mungkin berulang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu Azman Alias berkata operasi hari pertama terpaksa ditamatkan pada 6 petang berikutan hujan lebat di lokasi SAR.

Beliau berkata seramai 37 anggota termasuk pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun, BBP Kemaman, BBP Cheneh, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) dikerah untuk operasi SAR hari ini yang bermula kira-kira 3 petang tadi.

“Selain cuaca buruk dan tidak menentu, kita juga terpaksa menamatkan operasi SAR lebih awal kerana bimbang ancaman binatang buas memandangkan kawasan jeram ini kawasan hutan simpan yang menjadi habitat haiwan liar,“ katanya yang dihubungi Bernama malam ini.

Azman berkata pihaknya menjangkakan terdapat pertambahan anggota dan kelengkapan untuk operasi SAR yang akan bersambung 8 pagi esok.

Beliau berkata pihaknya telah memohon untuk mendapatkan bantuan anjing pengesan Unit K9 pihak bomba dan polis untuk mencari kesemua mangsa yang hilang.

“Kita turut mohon bantuan anggota Pasukan Gerakan Am dan penggunaan dron juga mungkin perlu untuk usaha pencarian,“ katanya.

Azman turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan aktiviti di lokasi yang berisiko berlaku fenomena kepala air dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada masa ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan dilaporkan mengesahkan seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan lemas hari ini manakala lapan individu masih hilang dalam kejadian kepala air berkenaan.

Beliau berkata setakat ini, sembilan mangsa disahkan daripada keluarga yang sama, manakala identiti seorang lagi masih belum dikenal pasti.

BERKAITAN:

UTAMABERITA Kepala Air: Dua lemas, lapan lagi masih hilang di Jeram Mawar,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium