NASIONALJENAYAH / MAHKAMAHTikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari

Tikam bekas isteri hingga maut, lelaki direman tujuh hari

KOTA BHARU  — Seorang lelaki direman tujuh hari bermula semalam selepas disyaki menikam bekas isterinya Rokiah Ayub, 42, sehingga maut di sebuah rumah di Taman Desa Darul Naim, Pasir Tumboh di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 51 tahun itu direman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Lelaki tersebut direman hingga Sabtu ini dan hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam,  seorang wanita berusia 42 tahun yang juga ibu tunggal kepada tiga anak berusia antara 14 hingga 24 tahun ditikam 13 kali hanya kerana cemburu selepas mengetahui bekas isteri itu mempunyai teman lelaki dalam kejadian di sebuah rumah sewa di Taman Desa Darul Naim, Kubang Kerian

Dalam insiden itu, suspek yang juga bekas suami mangsa turut cedera parah selepas dipercayai menikam dirinya sendiri dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu.

BERITA berkaitan:

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami