Sumbangan untuk membiayai portal ini:
Maybank:
158088200693 PayPal: [email protected]

Sumbangan untuk membiayai portal ini: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat - pakdin.my

Kejohanan Remaja Asia: Yi Xing balas dendam mara ke pusingan keempat - pakdin.my

Pemain perseorangan wanita negara Ung Yi Xing meneruskan rentak cemerlang apabila melangkah ke pusingan keempat Kejohanan Badminton Remaja Asia 2023 di Yogyakarta, Indonesia hari ini.

Pada aksi pusingan ketiga bagi kategori individu di Dewan Sukan Among Rogo, pilihan ke-15 kejohanan itu mengambil masa 56 minit sebelum berhasil menafikan kebangkitan wakil Thailand Saranporn Sombutwatthananukool 21-19, 19-21, 21-16.

Ia sekali gus menebus kekecewaan pemain berusia 18 tahun itu selepas tunduk kepada lawan yang sama di pentas suku akhir kejohanan bagi kategori berpasukan pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, tugas getir menanti Yi Xing dalam pusingan 16 terbaik apabila berdepan pilihan utama kejohanan Tomoka Miyazaki dari Jepun yang mara selepas menewaskan wakil tuan rumah Chiara Marvella Handoyo 21-5, 21-16.

Mengiringi Yi Xing di pusingan keempat kejohanan, pemain perseorangan lelaki negara Muhammad Faiq Haziq yang mengetepikan cabaran Ramos Robert Ishmael dari Filipina 21-12, 21-13.

Pilihan ketujuh kejohanan itu akan membuat perhitungan berdepan Zhang Ning dari China yang menewaskan wakil India Lakshay Sharma 21-16, 21-8.

Bagaimanapun, seorang lagi wakil perseorangan lelaki negara yang juga pilihan kedua kejohanan Eogene Ewe terpaksa melupakan hasrat mengisi slot 16 terbaik itu selepas ditunjukkan jalan keluar wakil China Zhang Zhijie 21-16, 21-8.

BACA juga:

Berkaitan

Mesti baca