[VIDEO] Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat - pakdin.my

Tiga nelayan yang dilaporkan hilang semasa menangkap ikan di perairan Kemasin, di sini awal pagi semalam ditemui selamat.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan Komander Maritim Khairun Dalilah Bahari berkata Rohaimi Ahmad, 47 tahun, Nik Muhamad Shafiq Abdul Hafiz, 21 tahun dan Amir Zulfikar Che Wil, 29 tahun ditemui nelayan di Pantai Belawan, Takbai, Thailand.

Beliau berkata, menerusi maklumat awal bot dinaiki ketiga-tiga nelayan terbabit dihanyutkan ke negara berkenaan selepas kehabisan minyak kira-kira 10 kilometer dari perairan negara.

“Bot KNF 7086 berwarna kuning yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dan ditunda dari Pantai Belawan ke jeti Polis Marin Takbai petang ini,” katanya dalam sidang media di Jeti Kuala Kemasin, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan  mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) tiga lelaki yang disyaki hilang selepas bot yang dinaiki tidak pulang ke jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Kemasin di Pasir Puteh, Kelantan selepas keluar ke laut pada pukul 3.00 pagi semalam.

Jangan lupa subscribe

BACA juga:

UTAMABERITA Tiga nelayan hilang di perairan Kemasin ditemui selamat

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium