Sumbangan untuk membiayai portal ini:
Maybank:
158088200693 PayPal: [email protected]

Sumbangan untuk membiayai portal ini: Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Penduduk gempar jumpa bungkusan kain seperti pocong, ada foto wanita - pakdin.my

Penduduk gempar jumpa bungkusan kain seperti pocong, ada foto wanita - pakdin.my

PENDUDUK digemparkan dengan penemuan bungkusan kain yang mirip seperti pocong.

Bungkusannya berwarna putih seperti pocong tetapi saiznya lebih kecil.

Sebaik dibuka, penduduk terkejut menemui sehelai baju dan gambar seorang wanita.

Penemuan aneh itu dirakamkan menerusi satu video di akaun TikTok pada Isnin.

Keterangan video memaklumkan objek itu ditemui di Empangan Klambu, Grobogan di Jawa Tengah, Indonesia

Dalam rakaman tersebut, kelihatan beberapa lelaki yang merupakan penduduk setempat menemui objek berkenaan di tepi empangan.

Penemuan itu menunjukkan sekeping foto wanita yang memakai tudung dan berbaju merah.

Wajahnya yang cantik itu bergambar sambil tersenyum.

Di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita di dalam foto tersebut diberi perlindungan.

Sebagai peringatan, perbuatan seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pohak perlu menjauhinya.

Berkaitan

Mesti baca