[VIDEO] Kebakaran tapak pelupusan sampah terbesar Indonesia - pakdin.my

SARIMUKTI  – Kira-kira 15 hektar tapak pelupusan sampah terbesar di Indonesia terbakar sejak Sabtu dan didapati merebak ke kawasan berhampiran.

Punca kebakaran yang dipercayai daripada puntung rokok itu menjadi lebih teruk disebabkan keadaan angin musim kemarau yang berpanjangan.

Api merebak merentasi zon seluas 25 hektar dan menyebarkan asap di kawasan perumahan berdekatan.

Bandung Barat mengisytiharkan darurat pada hari Rabu apabila penduduk melaporkan kesukaran bernafas dan sakit mata.

Sekolah juga terpaksa mengadakan kelas dalam talian untuk melindungi pelajar daripada asap yang berterusan.

Janngan lupa subscribe

Kawasan Pengumpulan Sampah yang terletak di Kabupaten Bandung Barat, Jawa Barat, merupakan hab sampah di kawasan dan bandar sekitarnya termasuk kota Bandung yang menghasilkan 1,500 tan sampah setiap hari.

UTAMADUNIA Kebakaran tapak pelupusan sampah terbesar Indonesia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium