Amirudin saman Sanusi – dakwaan skandal projek Sungai Klang - pakdin.my

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memfailkan saman terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaannya mengenai projek pembersihan Sungai Klang.

Amirudin, 43, selaku plaintif memfailkan saman itu menerusi Tetuan Haijan Omar di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini semalam dengan menamakan Muhammad Sanusi, 49, sebagai defendan.

BACA juga: MB Kedah didakwa berkaitan hasutan

Pada 9 Ogos lepas, Amirudin telah memfailkan notis tuntutan terhadap Muhammad Sanusi dan menuntut beliau membuat permohonan maaf dalam tempoh 48 jam berhubung kenyataan berunsur fitnah dalam satu ucapan di Jitra, awal bulan ini.

Dalam notis tuntutan itu menyatakan, Muhammad Sanusi telah memfitnah kononnya pengerusi Pakatan Harapan Selangor itu dan pengasas Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan mahu melaksanakan projek bernilai RM10 bilion di Sungai Klang serta ahli perniagaan itu akan menerima 600 ekar (243 hektar) tanah percuma.

Justeru plaintif dalam saman itu menuntut ganti rugi, am, teruk dan teladan yang tidak dinyatakan, serta perintah injunksi untuk menghalang Muhammad Sanusi daripada mengulangi dakwaan itu.

Sementara itu, peguam plaintif, Haijan Omar ketika dihubungi mengesahkan pemfailan saman tersebut selain memaklumkan mahkamah menetapkan 3 Okt depan untuk pengurusan kes.

BACA jugaMB Kedah didakwa berkaitan hasutan

UTAMABERITAAmirudin saman Sanusi - dakwaan skandal projek Sungai Klang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium