[VIDEO] Helikopter tentera laut Pakistan terhempas, tiga anak kapal maut - pakdin.my

ISLAMABAD – Sebuah helikopter tentera laut Pakistan terhempas di bandar barat daya negara itu dipercayai disebabkan kerosakan mekanikal yang membunuh tiga anak kapal, semalam.

Jurucakap tentera laut berkata, ‘Sea King’ dalam penerbangan latihan di bandar pelabuhan Gwadar dekat wilayah Balochistan telah terhempas kira-kira pukul 10.00 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan awal, ia terhempas selepas mengalami kebakaran enjin serta kehilangan ekor belakangnya.

“Kemalangan kemungkinan berpunca daripada kerosakan teknikal yang mengorbankan dua pegawai dan seorang anak kapal,” jelas jurucakap itu.

Balochistan adalah provinsi terbesar di Pakistan yang sangat ‘ketenteraan’ kerana skim pelaburan besar-besaran dari China di wilayah tersebut yang kerap menjadi sasaran pemberontak pemisah.

Janngan lupa subscribe

September lalu, enam anggota tentera terbunuh di wilayah itu selepas helikopter mereka terhempas di bandar kecil, Khost.

Sebulan sebelum itu, enam lagi anggota tentera termasuk seorang komander tertinggi tentera terbunuh apabila helikopter mereka terhempas semasa operasi bantuan banjir di Balochistan. -AFP

 

UTAMADUNIA Helikopter tentera laut Pakistan terhempas, tiga anak kapal maut

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium