[VIDEO] Datuk Ahmad Terrirudin memulakan tugas hari ini - pakdin.my

PUTRAJAYA – Peguam Negara yang baharu dilantik Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh memulakan tugas rasminya di Putrajaya, hari ini.

Beliau mendaftar masuk kehadiran menerusi sistem dalam talian sebaik sahaja tiba di Jabatan Peguam Negara (AGC) pada pukul 8.15 pagi.

Kehadirannya disambut Peguam Cara Negara II, Datuk Almalena Sharmila Johan serta ketua-ketua bahagian AGC.

“Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, atas pelantikan saya sebagai Peguam Negara dan termasuklah Kerajaan Malaysia kerana melantik saya sebagai Peguam Negara dan Insy-Allah, saya akan laksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin,”kata Ahmad Terrirudin, di sini.

Terdahulu pelantikan Ahmad Terrirudin mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.

Janngan lupa subscribe

Pelantikannya sebagai Peguam Negara sekali gus mengembalikan kedudukan lantikan jawatan itu dalam kalangan pegawai kanan Jabatan Peguam Negara.

UTAMABERITAAM Datuk Ahmad Terrirudin memulakan tugas hari ini

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium