[VIDEO] Pesawat Air China mendarat cemas di Singapura - pakdin.my

SINGAPURA – Sebuah pesawat penerbangan Air China dari Chengdu melakukan pendaratan cemas di Singapura petang tadi selepas enjin kirinya terbakar.

Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat.

Penerbangan CA403 mengesan asap di ruang kargo hadapan dan tandas semasa dalam perjalanan ke negara bandar itu, kata Lapangan Terbang Changi dalam satu kenyataan di Facebook.

BACA juga: [Video] #MU5735 : Pesawat Eastern Airlines bawa 132 penumpang terhempas di wilayah Guangxi, China

Pesawat itu mendarat di landasan 3 pada sekitar pukul 4:15 petang dan semua penumpang serta anak kapal telah dikeluarkan dengan selamat.

Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan berapa ramai orang di dalam pesawat tersebut.

Janngan lupa subscribe

“Api di bahagian kiri enjin telah dipadamkan,” tambahnya.

Air China dan pengendali lapangan terbang Changi Airport Group telah memberikan bantuan kepada penumpang dan anak kapal.

BACA juga: Mengapa ribuan orang Cina Tanah Besar China beralih ke Malaysia?

Landasan itu akan ditutup buat sementara waktu dan operasi penerbangan mungkin terjejas, kata pengendali lapangan terbang itu.

Air China bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan. -AFP

UTAMADUNIA Pesawat Air China mendarat cemas di Singapura

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium