[VIDEO] Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka kepada Agong - pakdin.my

  • Senarai ahli dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan diputuskan Jemaah Menteri.
  • Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI mengenai dakwaan Thomas dalam bukunya, bertujuan mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara.
  • Buku tulisan bekas peguam negara itu dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.

Zahid Hamidi berkata Kabinet akan memutuskan senarai ahli jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai dakwaan dalam buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas sebelum diserahkan untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan perdana menteri berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said akan mengemukakan senarai itu untuk diputuskan Jemaah Menteri bagi menyegerakan tugas suruhanjaya terbabit.

Menurutnya, Kabinet sebelum ini telah bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat buku tulisan Thomas “My Story:Justice in the Wilderness” susulan siasatan pasukan petugas khas pada tahun lalu.

“Maka asas kepada butiran dalam task force itu mungkin boleh dijadikan sandaran ahli RCI baharu yang belum dilantik.

“Menteri undang-undang dan reformasi institusi (Azalina) akan mengemukakan nama kepada Kabinet bagi mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk RCI ini menyegerakan tugas mereka,” katanya ditemui selepas merasmikan Perhimpunan Agung ke-15 Parti Makkal Sakti Malaysia.

Janngan lupa subscribe

Zahid bagaimanapun tidak menyebut bila senarai ahli RCI itu akan diserah untuk perkenan Agong.

Januari lalu, Jemaah Menteri bersetuju dengan cadangan penubuhan RCI mengenai dakwaan Thomas dalam bukunya, bertujuan mencari kebenaran dan mengemukakan syor kepada kerajaan untuk reformasi institusi perundangan negara.

Buku tulisan bekas peguam negara itu diterbitkan pada Jan 2021 dengan pelbagai kontroversi, menyebabkan kerajaan pada 8 Okt 2021 menubuhkan pasukan petugas khas, untuk menjalankan kajian awal ke atas pendedahan terkandung dalam buku tersebut.

Pada 13 Okt tahun lalu, kerajaan menyahklasifikasi laporan pasukan petugas khas itu, antara lain mengesyorkan supaya Thomas disiasat atas kemungkinan pelbagai kesalahan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah ketika melepas tanpa membebaskan (DNAA) Zahid atas kesemua 47 tuduhan berkaitan salah guna dana Yayasan Akalbudi pada minggu lalu berkata keputusan itu diambil memandangkan RCI akan menyiasat dakwaan wujud pendakwaan terpilih dalam buku Tommy.

Janngan lupa subscribe

UTAMABERITAAM Senarai nama ahli jawatankuasa RCI siasat buku bekas Peguam Negara dikemuka...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium