[VIDEO] Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura - pakdin.my

SINGAPURA – Seorang penunggang basikal terkejut  terserempak dengan seekor tapir Malaya yang bergerak  laju di sebuah taman di Punggol, Singapura, awal pagi semalam, lapor portal berita Mothership.

Individu berkenaan yang menggunakan nama Pong Posadas pada laman Facebook,  memuat naik video tapir itu dalam kumpulan sembang,  SG PCN Cyclist.

Rakaman memaparkan haiwan tersebut berlari di hadapannya setelah memintasnya yang sedang menunggang basikal di sebuah trek pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

Menurut Pong, tapir itu berlari dengan amat laju ke arah Jambatan Lorong Halus.

“Saya terdengar sesuatu sedang berlari dari arah belakang. Saya menyangkakan ia kuda. Saya memperlahankan basikal dan membiarkan tapir itu memintas saya,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan seekor tapir Malaya yang dipercayai berenang dari Malaysia ke Singapura dilihat berkeliaran di Punggol Park Connector pada 22 Julai lalu.

Pegawai Eksekutif Bersama, Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), Kalai Vanan Balakrishnan ketika itu dipetik sebagai berkata, pihaknya berharap dapat menghantar pulang haiwan tersebut dan menempatkannya di habitat asalnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan sama ada kedua-dua tapir yang dilihat itu adalah haiwan yang sama.

@ulekmayang.com Pegawai Eksekutif Bersama, Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), Kalai Vanan Balakrishnan ketika itu dipetik sebagai berkata, pihaknya berharap dapat menghantar pulang haiwan tersebut dan menempatkannya di habitat asalnya. BACA seterusnya di pakdin.my/?167404 #tapir #singapura ♬ original sound – ulekmayang.com

UTAMADUNIA Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium