Premis ‘nasi ayam claypot’ tular tidak punyai sijil halal - pakdin.my

Premis ‘nasi ayam claypot’ yang tular di media sosial baru-baru ini telah disahkan tidak memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sehubungan itu umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan membuat semakan terlebih dahulu dalam memilih premis makanan yang ingin dikunjungi.

“Pemilik restoran tersebut adalah bukan pemegang sijil halal Malaysia yang dikeluarkan oleh mana-mana badan berautoriti. Makanan ini sangat penting sebab benda yang kita makan itu kalau tidak halal ia akan membentuk darah daging kita,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar.

“Jadi lebih baik untuk kita bersifat dan bersikap untuk berhati-hati dan alhamdulillah kita ada cara bagaimana kita hendak tentukan sama ada sesuatu restoran itu mempunyai sijil halal ataupun sebaliknya,” kata beliau selepas Majlis Pelancaran TH Khairat di Menara Tabung Haji, di sini.

Jelasnya, umat Islam di negara ini harus melayari portal Rasmi Halal Malaysia serta melakukan semakan melalui aplikasi telefon pintar ‘Verify Halal’ untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah.

UTAMABERITAAMPremis ‘nasi ayam claypot’ tular tidak punyai sijil halal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium